Tuesday, April 4, 2017

Sudut Kitar Semula

Sudut Kitar Semula telah diketuai oleh Tuan Haji Mohammed Rashid bin Hassan selaku Ahli Jawatankuasa Inspektorat Zon Pulau Aur.


Sudut Kitar Semula ini juga diwujudkan bagi memenuhi kriteria MAMPU untuk pengauditan EKSA dan telah ditempatkan di persekitaran Zon Pulau Aur.

Tiga bekas Kitar Semula telah disediakan dengan menggunakan bekas tong sampah yang tidak digunakan lagi dan dicat dengan tiga warna yang berbeza iaitu warna biru, coklat dan oren yang membawa maksud yang berbeza.

Biru - Plastik
Coklat - Aluminium
Oren - Kertas

Sudut Kitar Semula ini diharapkan dapat memberi kesedaran dan mendidik warga Zon Pulau Aur mengenai betapa pentingnya Kitar Semula.

Bagi kertas buangan sulit seperti pelan, peta yang boleh dikitar semula, kertas-kertas tersebut akan diricih terlebih dahulu dengan mesin perincih (shredder) sebelum dikitar semula.


No comments:

Post a Comment