Tuesday, April 4, 2017

Penjimatan Tenaga Elektrik

Antara pelaksanaan penjimatan tenaga yang dilaksanakan di Zon Pulau Aur adalah mengamalkan energy saving yang diletakkan di beberapa lampu sekitar Zon Pulau Aur.


Manakala disetiap suis juga telah dilabelkan dengan "Jimatkan Elektrik" sebagai salah satu bentuk kesedaran kepada Zon Pulau Aur bagi menjimatkan tenaga elektrik yang digunakan.



Selain itu, ahli-ahli Zon Pulau Aur juga akan memadamkan semua lampu, komputer, mesin fotostat dan peralatan lain yang tidak diperlukan apabila tidak digunakan termasuk selepas waktu pejabat iaitu pada waktu malam dan hujung minggu.

Antara penjimatan elektrik yang diterapkan di Zon Pulau Aur adalah arahan pematuhan untuk memastikan suhu penghawa dingin adalah 24 darjah celcius sahaja serta memastikan tingkap dan pintu sentiasa ditutup.

No comments:

Post a Comment