Tuesday, April 4, 2017

Penggunaan Kertas Terpakai

Zon Pulau Aur telah menyediakan satu bekas bagi mengumpul kertas yang telah digunakan hanya pada sebelah muka sahaja. Kertas terpakai ini digunakan untuk mengambil nota, mesej, mencetak draf dan lain-lain lagi.


Selain itu, Zon Pulau Aur juga menggunakan papan kenyataan untuk memaklumkan pengumuman terkini bagi penjimatan kertas.

Zon Pulau Aur juga menetapkan matlamat untuk mengurangkan amaun kertas buangan yang dijana oleh pejabat dengan merekodkan inventori kertas. Sila rujuk dalam bentuk graf dibawah. Maklumat ini diperoleh daripada rekod pengambilan stok di JUPEM Johor.

Sila klik di gambar untuk paparan lebih jelas.



No comments:

Post a Comment