Thursday, April 6, 2017

Mesyuarat Zon Pulau Aur Bil. 2/2017

Mesyuarat kali ini adalah bagi menghadapi Audit Dalaman Bil. 2/2017 yang akan berlangsung pada 10-12 April 2017.

Mesyuarat Zon Pulau Aur Bil. 2/2017 telah dipengerusikan oleh Sr. Abdul Rahman bin Mintar selaku Ketua Zon Pulau Aur.




Antara perkara-perkara yang ditekankan oleh beliau ialah untuk Hari Aktiviti EKSA Zon Pulau Aur kali ini adalah:
  1. Laci peribadi
  2. Pencarian fail
  3. Person in charge (PIC).
  4. Etika pematuhan pakaian.
  5. Kemasan habuk terutama di meja-meja kosong, kabinet dan juga perhiasan.
  6. Aksesori minima di ruang kerja.
Selain itu juga, beliau menekankan untuk menarik perhatian tentang arahan-arahan keselamatan dan juga arahan-arahan penjimatan yang telah dilaksanakan di JUPEM Johor.

Mesyuarat Zon Pulau Aur diakhiri dengan pemberian tuala kepada Timbalan Ketua Zon Pulau Aur, Puan Ng Kim Neo sebagai simbolik Hari Aktiviti EKSA Zon Pulau Aur Bil. 6/2017 telah dimulakan.




Mesyuarat Zon Pulau Aur telah ditangguhkan jam 9.30 pagi.

No comments:

Post a Comment