Monday, April 3, 2017

Bengkel Pemantapan dan Pengemaskinian Dokumen EKSA JUPEM Johor

Hari ini telah berlangsung Bengkel Pemantapan dan Pengemaskinian Dokumen EKSA JUPEM Johor yang telah berlangsung di Bilik Mesyuarat Tanjung Puteri, Tingkat 9, JUPEM Johor yang dianjurkan oleh Jawatankuasa Induk EKSA JUPEM Johor.

Objektif bengkel ini adalah untuk menghadapi Audit Dalaman EKSA JUPEM Johor Bil. 2/2017 yang akan berlangsung pada 10 April 2017 (Isnin) yang dihadiri oleh semua setiausaha Jawatankuasa dan juga di Setiausaha peringkat zon.

Bengkel ini telah dipengerusikan oleh Sr Pauzzi bin Ismail merangkap sebagai Penyelaras EKSA JUPEM Johor.

Bengkel diteruskan dengan taklimat dari Ketua Jawatankuasa Audit tentang pemarkahan dokumen yang perlu dititikberatkan. Antaranya memastikan semua dokumentasi dan juga di blog dikemaskini dan lengkap.

Perbincangan turut menyentuh keperluan-keperluan yang perlu ada untuk setiap dokumen terutama zon.



No comments:

Post a Comment