Monday, February 12, 2018

Majlis Amanat Tahun Baharu 2018 Pengarah Ukur dan Pemetaan Johor

Majlis Amanat Tahun Baharu 2018 Pengarah Ukur dan Pemetaan Johor telah berlangsung pada 12 Februari 2018 bertempat di Dewan Iskandar Puteri Johor Bahru.

Majlis ini diserikan dengan ketibaan Pengarah Ukur dan Pemetaan Negeri Johor, YBrs. Sr Ramli bin Nor.





Majlis turut diserikan dengan persembahan koir oleh Koir JUPEM Johor yang menyampaikan tiga buah lagu iaitu Lagu Kebangsaan, Lagu Bangsa Johor dan Lagu JUPEM.




Bacaan doa telah disampaikan oleh Encik Mazlan bin Md. Nor manakala bacaan Ikrar oleh Encik Rohidi bin Mohamad.


Majlis diteruskan dengan Persembahan Montaj Imbasan JUPEM 2017 dan Amanat Tahun Baharu 2018 telah disampaikan oleh YBrs. Sr Ramli bin Nor, Pengarah Ukur dan Pemetaan Johor





  
Majlis Amanat Tahun Baharu 2018 diakhiri dengan Belasungkawa: Pegawai JUPEM Johor Tahun 2017 dan 2018 dan penyampaian sijil cenderahati kepada Pegawai Pesara Tahun 2018.


No comments:

Post a Comment