TENTANG PULAU AUR
Pulau Aur terletak kira-kira 60 kilometer dari timur Mersing di Johor, Malaysia. Pulau Aur juga merupakan satu daripada kawasan Taman Marin Johor.
Pulau Aur merupakan salah satu dari gugusan pulau yang indah di Laut Cina Selatan di persisiran laut Johor, Malaysia. Pulau Aur terletak berhampiran dengan beberapa pulau yang lain iaitu Pulau Rawa, Pulau Pemanggil, Pulau Besar, Pulau Sibu dan Pulau Tinggi.
Pulau Aur adalah salah satu tapak penyemaian Kerang Gergasi (giant cockle). Dari segi kedudukan, Pulau Aur merupakan pulau paling jauh dari daratan Semenanjung yang mengambil masa selama 5 hingga 6 jam untuk sampai.
Pulau Aur memiliki banyak spesies hidupan marin di dalam air. Ia juga dijadikan tempat berhenti para nelayan. Sungguhpun agak kecil, Pulau Aur mempunyai banyak lokasi yang sesuai dan menarik untuk aktiviti menyelam dan snokling.
Kawasan perairannya terdiri daripada terumbu karang yang cantik dan masih terpelihara. Hidupan lauk eksotik seperti ikan barakuda, manta-ray, dan lain-lain lagi menjanjikan pengalaman diving yang memuaskan kepada para penyelam.
Untuk pergi ke Pulau Aur, bolehlah menaiki bot daripada Jeti Mersing, Jeti Tanjung Leman atau Jeti Tanjung Gemuk.

No comments:
Post a Comment