Monday, February 26, 2018

Ciri-ciri pekerja bermotivasi

Perkongsian poster Motivasi AKRAB iaitu enam ciri-ciri pekerja bermotivasi.

Momentum awal dan fokus.
Berusaha untuk memenuhi keperluan kerja harian seawal mungkin atau dengan kata lain, menyiapkan kerja dengan lebih awal.

Komitmen dan kesungguhan.
Menunjukkan minat dan memberi sepenuh tumpuan terhadap tugasan kerja yang diberikan serta bijak mengendali sebarang masalah.

Belajar dan tunjuk ajar.
Mempelajari sesuatu perkara yang baru dan tidak kekok mengajar orang baru atau rakan sekerja berdasarkan kemahiran yang ada.

Bijak berkomunikasi.
Komunikasi yang berkesan untuk mendapatkan maklumat dan mengawal segala situasi masalah.

Lebihkan memberi, kurangkan meminta.
Memberikan komitmen penuh kepada kerja, kurang merungut atau memberikan alasan dan sentiasa positif terhadap sebarang masalah.

On-Time
Tidak "missing in action", datang lambat ke tempat kerja atau tidak menyiapkan kerja dengan alasan yang tidak munasabah.


Nota:-
Sila klik pada gambar untuk paparan yang lebih jelas.

No comments:

Post a Comment