Pertandingan ini telah diadili oleh Sr Pauzzi bin Ismail merangkap Penyelaras EKSA JUPEM Johor dan Sr Ahmad Kamal Arifin bin Jaafar merangkap fasilitator EKSA JUPEM Johor.
Pertandingan ini merangkumi lima perkara iaitu:-
1. Sudut Zon EKSA terbaik.
2. Amalan Zon EKSA terbaik.
3. Amalan Hijau terbaik.
4. Sudut Go Green terbaik.
5. Bilik Pejabat terbaik.
Turut mengiringi panel penilai adalah Sr Muhamad Sufi bin Md. Shafie merangkap Ketua Zon Pulau Aur, Puan Ng Kim Neo dan juga Encik Mohd Khairol Nizam bin Haron, Penolong Pengarah Ukur Kadaster Pelbagai.