Wednesday, February 15, 2017

Mesyuarat Zon Pulau Aur Bil. 1/2017

Mesyuarat Zon Pulau Aur yang dipengerusikan oleh Ketua Zon Pulau Aur, Sr Abdul Rahman bin Mintar telah berlangsung pada 14 Februari 2017 pada jam 3.00 petang di Ruang Mesyuarat Zon Pulau Aur, Wisma Persekutuan, Johor Bahru.

Pengerusi mengalu-alukan kehadiran semua ahli Zon Pulau Aur pada mesyuarat kali ini.

Pengerusi turut mengucapkan tahniah dan terima kasih di atas penglibatan semua ahli Zon Pulau Aur dalam menjayakan Audit Dalaman EKSA JUPEM Johor yang telah berlangsung pada 23 Januari 2017 yang lalu. Untuk makluman, Zon Pulau Aur telah mendapat tempat pertama dalam audit kali ini.

Agenda-agenda berikut telah dibincangkan meliputi:-
  1. Teguran dan penambahbaikan Audit Dalaman JUPEM Johor Bil. 1/2017
  2. Tabung kutipan EKSA Zon Pulau Aur bagi tahun 2017.
  3. Pertandingan Kuiz Online Amalan EKSA
  4. Perancangan dan aktiviti yang dijalankan oleh Zon Pulau Aur.
  5. Hal-hal lain.



 


Mesyuarat telah ditangguhkan pada jam 4.15 petang.

No comments:

Post a Comment