Thursday, February 9, 2017

Majlis Amanat Tahun Baru oleh PUPN

Amanat Tahun Baharu Pengarah Ukur dan Pemetaan Johor Tahun 2017.

Majlis ini telah berlangsung pada 8 Februari 2017 bertempat di Dewan Iskandar Puteri, Wisma Persekutuan Johor Bahru.

Antara aktiviti yang telah dibuat ialah persembahan Montaj Aktiviti-aktiviti JUPEM Johor bagi Tahun 2016. Kemudian disusuli dengan Penyampaian Amanat Tahun Baharu 2017 oleh Pengarah Ukur dan Pemetaan Johor, YBhg. Sr Haji Ramli bin Nor.

Selepas itu, Bacaan Ikrar Perkhidmatan Awam telah diketuai oleh Sr Pauzzi bin Ismail, Timbalan Pengarah Ukur I.












Seterusnya, majlis diteruskan dengan Persembahan Montaj Imbasan Kenangan Bakal Pesara dan ucapan Wakil-wakil Bakal Pesara iaitu Encik Zainal Abidin bin Hassan, Puan Hajjah Rukizah binti Parham, Encik Salleh bin Hitam dan Encik Rahmat bin A. Hamid.



Penyampaian Sijil Penghargaan dan cenderahati oleh Pengarah Ukur dan Pemetaan Johor kepada semua bakal pesara JUPEM Johor Tahun 2017.




No comments:

Post a Comment