Tuesday, July 18, 2017

Jemputan Majlis Sambutan Hari Raya JUPEM Johor

Nota:-
Sila klik pada gambar untuk paparan yang lebih jelas. Terima kasih.

Wednesday, July 12, 2017

Poster Hari Aktiviti EKSA Zon Pulau Aur

Nota:-
Sila klik pada gambar untuk paparan yang lebih jelas. Terima kasih.

Poster Mesyuarat Zon Pulau Aur Bil. 5/2017

Nota:-
Sila klik pada gambar untuk paparan yang lebih jelas. Terima kasih.


Tuesday, July 11, 2017

Amalan Go Green| Group Whatsapp

Susulan dari perbincangan dengan Timbalan Ketua Zon, Puan Ng Kim Neo, satu keputusan telah diambil iaitu dengan membuat satu group Whatsapp bagi EKSA Zon Pulau Aur.


Group ini telah ditubuhkan secara rasmi pada 11 Julai 2017.

Objektif group ini adalah sebagai alat perantaraan dalam sesebuah organisasi EKSA Zon Pulau Aur. Ia mudah untuk dijadikan alat komunikasi tanpa henti untuk memastikan ahli mendapat info secara bersepadu sama ada melalui surat, video, gambar tanpa batasan masa. Secara tidak langsung, ia menjimatkan kos dan lain-lain lagi.

Whatsapp juga dapat menjimatkan kos percetakan kertas. 

Disamping itu, whatsapp juga dijadikan satu medan untuk membuat perbincangan secara terus tanpa perlu bersemuka jika memerlukan perbincangan secara terus. 


Monday, July 10, 2017

Poster Perkongsian EKSA JUPEM Johor Siri 7/2017


Selaras dengan keputusan Kerajaan melalui Pekeliling Perbendaharaan Bil. 2 Tahun 2014 di bawah perkara 7 serta saranan YAB Perdana Menteri supaya semua bangunan dan premis Kerajaan melaksanakan dasar penjimatan sebanyak 5% pada kos utiliti, KeTTHA telah menyediakan garis panduan yang perlu diamalkan oleh semua warga penjawat awam dalam menyokong usaha penjimat tersebut. Para 3.2 - Penghawa Dingin di dalam Panduan Kecekapan Penggunaan Tenaga di Pejabat telah mengariskan:
  • Padamkan sistem split unit (jika meninggalkan bilik untuk tempoh melebihi 2 jam)
  • Padamkan sistem penghawa dingin bilik mesyuarat selepas digunakan
  • Kurangkan waktu operasi sistem
  • Selaraskan suhu ke paras yang disarankan iaitu 24-25 darjah celcius; 
  • Selaraskan suhu ruang koridor dan lobi supaya lebih tinggi daripada sihi sekitar pejabat; dan 
  • Elakkan kemasukan udara luar yang panas dan lembap dengan memeriksa punca berlakunya kebocoran udara luar dan guna penebat untuk mengurangkan kemasukan haba cahaya matahari terus ke dalam bangunan. 
Marilah kita bersama-sama mengamalkan amalan tersebut bagi menjimatkan tenaga elektrik dan kos utiliti di Pejabat kita!