Monday, July 10, 2017

Poster Perkongsian EKSA JUPEM Johor Siri 7/2017


Selaras dengan keputusan Kerajaan melalui Pekeliling Perbendaharaan Bil. 2 Tahun 2014 di bawah perkara 7 serta saranan YAB Perdana Menteri supaya semua bangunan dan premis Kerajaan melaksanakan dasar penjimatan sebanyak 5% pada kos utiliti, KeTTHA telah menyediakan garis panduan yang perlu diamalkan oleh semua warga penjawat awam dalam menyokong usaha penjimat tersebut. Para 3.2 - Penghawa Dingin di dalam Panduan Kecekapan Penggunaan Tenaga di Pejabat telah mengariskan:
  • Padamkan sistem split unit (jika meninggalkan bilik untuk tempoh melebihi 2 jam)
  • Padamkan sistem penghawa dingin bilik mesyuarat selepas digunakan
  • Kurangkan waktu operasi sistem
  • Selaraskan suhu ke paras yang disarankan iaitu 24-25 darjah celcius; 
  • Selaraskan suhu ruang koridor dan lobi supaya lebih tinggi daripada sihi sekitar pejabat; dan 
  • Elakkan kemasukan udara luar yang panas dan lembap dengan memeriksa punca berlakunya kebocoran udara luar dan guna penebat untuk mengurangkan kemasukan haba cahaya matahari terus ke dalam bangunan. 
Marilah kita bersama-sama mengamalkan amalan tersebut bagi menjimatkan tenaga elektrik dan kos utiliti di Pejabat kita!

No comments:

Post a Comment