Thursday, June 8, 2017

Hari Aktiviti EKSA

Hari Aktiviti EKSA Zon Pulau Aur bil. 10/2017 telah berlangsung pada 8 Jun 2017 yang lalu bagi memberi tumpuan pada teguran dan penambahbaikan Audit Dalaman EKSA JUPEM Johor bil. 3/2017 yang telah diluluskan pada 29 Mei 2017.












Wednesday, June 7, 2017

Lawatan Penanda Aras ke Jabatan Perangkaan

Seramai 15 wakil dari JUPEM Johor telah menghadiri lawatan Penanda Aras ke Jabatan Perangkaan, Blok B, Wisma Persekutuan, Johor Bahru telah berlangsung pada 7 Jun 2017.

Lawatan ini telah diketuai oleh Ketua Jawatankuasa Latihan iaitu Encik Fahmi bin Azhari.

Tujuan utama lawatan ini adalah untuk berkongsi pengalaman Jabatan Perangkaan dalam menghadapi Audit dari MAMPU.












Tuesday, June 6, 2017

Majlis Penyerahan Sumbangan Program Amal Ramadan

Majlis Penyerahan Sumbangan Program Amal Ramadan merupakan anjuran bersama PUSPANITA dan Kelab Sukan dan Kebajikan JUPEM Johor.

Program ini merupakan tahun kedua ini dibuat bagi menyerahkan sumbangan kepada golongan asnaf dan juga "miskin bandar".

Sebanyak 22 sumbangan berupa wang tunai dan juga barangan keperluan.











Monday, June 5, 2017

Keputusan Audit Dalaman EKSA Bil. 3/2017

Tahniah kerana Zon Pulau Aur masih berjaya megekalkan tempat pertama bagi Audit Dalaman EKSA Bil. 3/2017.


Poster Perkongsian EKSA JUPEM Johor Siri 6/2017


Bagi menghasilkan satu tan (1,000kg) kertas, sebanyak 17 batang pokok perlu ditebang. Hutan kita akan PUPUS jika kita tidak memulakan langkah penjimatan kertas dan amalkan aktiviti kitar semula. Sebagai warga EKSA yang bertanggungjawab, kita seharusnya mengamalkan amalan seperti berikut:
  • Mencetak atau membuat salinan dokumen sekiranya perlu sahaja
  • Mencetak menggunakan kedua-dua belah muka surat
  • Menggunakan kertas terpakai semasa mencetak dokumen tidak rasmi
  • Menggunakan sepenuhnya sistem aplikasi secara 'online' untuk mengurangkan penggunaan kertas; dan
  • Menggunakan mel elektronik (emel) untuk urusan rasmi.