Monday, June 5, 2017

Poster Perkongsian EKSA JUPEM Johor Siri 6/2017


Bagi menghasilkan satu tan (1,000kg) kertas, sebanyak 17 batang pokok perlu ditebang. Hutan kita akan PUPUS jika kita tidak memulakan langkah penjimatan kertas dan amalkan aktiviti kitar semula. Sebagai warga EKSA yang bertanggungjawab, kita seharusnya mengamalkan amalan seperti berikut:
  • Mencetak atau membuat salinan dokumen sekiranya perlu sahaja
  • Mencetak menggunakan kedua-dua belah muka surat
  • Menggunakan kertas terpakai semasa mencetak dokumen tidak rasmi
  • Menggunakan sepenuhnya sistem aplikasi secara 'online' untuk mengurangkan penggunaan kertas; dan
  • Menggunakan mel elektronik (emel) untuk urusan rasmi.

No comments:

Post a Comment