Monday, January 22, 2018

Taklimat Akta Hakmilik Strata Pindaan 2013 (Akta A1450) | Satu Pengalaman

Taklimat Akta Hakmilik Strata Pindaan 2013 (Akta A1450) | Satu Pengalaman telah dijalankan pada 22 Januari 2018 (Isnin) bertempat di Dewan Iskandar Puteri, Wisma Persekutuan, Johor Bahru.

Taklimat ini adalah bagi memperkasakan pemahaman kepada warga JUPEM Johor khususnya kepada Seksyen SSM yang berbentuk perkongsian ilmu berkaitan tatacara permohonan Hakmilik Strata yang baru.

JUPEM Johor juga telah menguatkuasakan permohonan Hakmilik Strata secara digital selari dengan pelaksanaan Akta Hakmilik Strata Pindaan 2013 yang telah berkuatkuasa mulai 1 Jun 2015.

Taklimat ini telah disampaikan oleh Encik Fahmi bin Azhari selaku Penolong Pengarah Ukur di Seksyen SSM.






No comments:

Post a Comment