Tuesday, January 30, 2018

Selamat Maju Jaya Encik Rahman bin Mintar

Selamat Maju Jaya Encik Rahman bin Mintar.

Beliau akan bertukar ke JUPEM KL berkuatkuasa 5 Februari 2018. Kami di Zon Pulau Aur mengucapkan Selamat Maju Jaya.

Kami juga ingin mengucapkan terima kasih diatas segala perkongsian ilmu yang diberikan sepanjang beliau berkhidmat di Zon Pulau Aur.


Cawangan Semakan Kualiti

 
Cawangan Pelarasan Data Geospatial

Cawangan Kadaster Pelbagai

Unit Bilik Kebal




Monday, January 29, 2018

Sambutan Hari Jadi | Januari

Selamat Hari Jadi yang menyambut harijadi pada bulan Januari iaitu:-

  1. Puan Suryati binti Abdullah
  2. Puan Norliza binti Ab Wahab
  3. Puan Farzidatul Azani binti Abdullah



Tuesday, January 23, 2018

Lawatan Penanda Arasan berkaitan Pelaksanaan Amalan Ekosistem Kondusif Sektor Awam (EKSA)

Lawatan Penanda Arasan berkaitan Pelaksanaan Amalan Ekosistem Kondusif Sektor Awam (EKSA) kali ini adalah ke Jabatan Kastam Diraja Malaysia.

Lawatan ini telah berlangsung pada 23 Januari 2018 (Selasa) yang diketuai oleh Sr Muhamad Sufi bin Md. Shafie merangkap Ketua Zon Pulau Dayang.

Sesi lawatan ini turut berkongsi persediaan yang perlu dibuat untuk menghadapi audit dari Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia (MAMPU) yang dijangka akan menjalankan audit Pensijilan Ekosistem Kondusif Sektor Awam (EKSA) di JUPEM Johor pada Januari sehingga Mac 2018.








Taklimat telah disampaikan oleh Puan Suwati binti Suratman. Kemudian, kami dibawa melawat Zon Melur.























Monday, January 22, 2018

Taklimat Akta Hakmilik Strata Pindaan 2013 (Akta A1450) | Satu Pengalaman

Taklimat Akta Hakmilik Strata Pindaan 2013 (Akta A1450) | Satu Pengalaman telah dijalankan pada 22 Januari 2018 (Isnin) bertempat di Dewan Iskandar Puteri, Wisma Persekutuan, Johor Bahru.

Taklimat ini adalah bagi memperkasakan pemahaman kepada warga JUPEM Johor khususnya kepada Seksyen SSM yang berbentuk perkongsian ilmu berkaitan tatacara permohonan Hakmilik Strata yang baru.

JUPEM Johor juga telah menguatkuasakan permohonan Hakmilik Strata secara digital selari dengan pelaksanaan Akta Hakmilik Strata Pindaan 2013 yang telah berkuatkuasa mulai 1 Jun 2015.

Taklimat ini telah disampaikan oleh Encik Fahmi bin Azhari selaku Penolong Pengarah Ukur di Seksyen SSM.






Sunday, January 21, 2018

Poster Hari Aktiviti EKSA Zon Pulau Aur Bil. 3/2018

Nota:-
Sila klik pada gambar untuk paparan yang lebih jelas. Terima kasih.


Thursday, January 18, 2018

Poster perkongsian EKSA JUPEM Johor Siri 1/2018

Perkongsian poster perkongsian EKSA JUPEM Johor Siri 1/2018.


Apakah itu 3R?
  • Reuse (Penggunaan semula): Aktiviti menggunakan semula bahan atau sebahagian daripada bahan yang mana masih boleh digunakan lagi.
  • Reduce (Pengurangan): Memilih bahan yang digunakan dengan bijak bagi mengurangkan jumlah sisa pepejal yang dihasilkan. 
  • Recycle (Kitar semula): Mengolah semula bahan buangan untuk menghasilkan barangan baru. 
Pengurangan sisa pepejal melalui penerapan 3R iaitu reuse (Penggunaan Semula), reduce (Pengurangan) dan recycle (Kitar Semula) merupakan teras pertama dalam Dasar Pengurusan Sisa Pepejal. 

Penerapan amalan 3R di kalangan warga JUPEM Johor secara tidak langsung dapat mengurangkan penghasilan sisa pepejal daripada dilupuskan ke tapak pelupusan.

Ceramah Kempen bersama Amal Palestin

Ceramah Kempen bersama Amal Palestin telah berlangsung pada 18 Januari 2018 (Khamis) bertempat di Dewan Iskandar Puteri, Wisma Persekutuan, Johor Bahru.

Ceramah ini telah disampaikan oleh wakil pihak amal Palestin yang menyentuh secara terperinci tentang isu-isu terkini yang berlaku di Palestin dan Syria.

Seramai 15 orang wakil dari Zon Pulau Aur telah menyertai ceramah ini.