Wednesday, December 13, 2017

Hari Sukan Part I

Hari Sukan Zon Pulau Aur telah diadakan pada 13 dan 14 Disember 2017 yang berlangsung di Dewan Iskandar Puteri, Blok A, Wisma Persekutuan, Johor Bahru.

Tiga acara sukan dipertandingkan pada Hari Sukan tersebut iaitu pertandingan congkak, dart dan karom.

Lapan kumpulan telah dibahagikan kepada Kumpulan A dan Kumpulan B mengikut cabutan.

Hari Sukan telah dirasmikan oleh Tuan Pengarah Ukur, Sr Ramli bin Nor diiringi dengan Timbalan Pengarah II, Sr Ahmad Kamal Arifin bin Jaafar dan Penolong Pengarah Ukur Seksyen NDCDB, Sr Abdul Rahman bin Mintar.

Pengadil jemputan untuk setiap pertandingan adalah:-

Congkak : Puan Iryani Balqis
Dart : Puan Suhaidah binti Khalid
Karom : Puan Siti Arbaiyah binti Badri



Tuan Pengarah Ukur menjentik buah karom sebagai tanda perasmian Hari Sukan Zon Pulau Aur telah dimulakan.



   
 






No comments:

Post a Comment