Thursday, December 21, 2017

Menjual kertas dan kotak

Hari ini aktiviti Zon Pulau EKSA adalah menjual kertas dan kotak terpakai yang telah berjaya dikumpul oleh ahli-ahli Zon Pulau Aur bagi menyokong Program Amalan Hijau. Antara yang telah dikumpul adalah buku, majalah terpakai, kotak, kertas terpakai, dan lain-lain lagi.

Program ini telah diketuai oleh Encik Burhanuddin bin Abu Samah.









Hasil jualan yang diperolehi adalah sebanyak RM 18.40. Duit jualan yang diperolehi telah diserahkan kepada Bendahari EKSA, Puan Norasikin binti Sailan bagi menampung program-program EKSA yang akan datang.

Wednesday, December 20, 2017

Bantuan mengurus jenazah anggota perkhidmatan awam

Menerusi email Helpdesk PSM bertarikh 20 Disember 2017 berkaitan bantuan mengurus jenazah anggota perkhidmatan awam.

Sila klik pada gambar untuk paparan yang lebih jelas. Terima kasih.


Borang Kaji Selidik EKSA JUPEM Johor

Assalammualaikum dan Salam Sejahtera.

Tuan/Puan

Dengan hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.

2. Sehubungan dengan itu, mohon kerjasama tuan/puan dan semua pegawai dibawah seliaan masing-masing dapat meluangkan masa untuk melengkapkan BORANG KAJI SELIDIK EKSA JUPEM JOHOR untuk tujuan mengetahui tahap kepuasan dan impak pelaksanaan di kalangan pegawai yang bekerja di Jabatan Ukur dan Pemetaan Johor.

3. Maklumbalas ini amat berguna untuk melaksanaakan penambahbaikan terhadap keperluan pegawai demi meningkatkan mutu perkhidmatan di Jabatan Ini. Maklumat yang dibekalkan adalah RAHSIA.

Sekian, terima kasih.

https://docs.google.com/forms/d/1oEvjsl6-JXQWGvg6Vs1KE3TuGcnRfjtiwzFeK8CCvqw/edit?usp=drive_web

*mohon buka pautan ini menggunakan Google Chrome sahaja

“Persekitaran Kondusif Warga Produktif”

JAWATANKUASA PROMOSI
b.p. JAWATANKUASA EKSA JUPEM
JOHOR

Laman Blog: http://eksajupemjohor.blogspot.my/
Laman FB: https://www.facebook.com/EKSAJUPEMJohor/

Thursday, December 14, 2017

Poster Audit Dalaman EKSA Bil. 4/2017

Nota:-
Sila klik pada gambar untuk paparan yang lebih jelas. Terima kasih.


Hari Sukan Part II

Hari Sukan Zon Pulau Aur telah diteruskan pada hari kedua untuk penentuan juara, naib juara, tempat ketiga dan tempat keempat.








Tempat Pertama


Tempat Kedua


Tempat Ketiga


Tempat Keempat


Tempat Kelima


Tempat Keenam


Tempat Ketujuh


Tempat Kelapan


Penyampaian cenderahari perasmian kepada Tuan Pengarah Ukur, Sr Ramli bin Nor yang disampaikan oleh Ketua Zon Pulau Aur, Sr Abdul Rahman bin Mintar


Penyampaian cenderahati kepada Timbalan Pengarah Ukur II Sr Ahmad Kamal Arifin bin Jaafar.



Bergambar kenangan bersama pengadil jemputan Hari Sukan Zon Pulau Aur.

Objektif sukan untuk merapatkan ukhuwah antara staf tercapai.

Wednesday, December 13, 2017

Mesyuarat EKSA Zon Pulau Aur Bil. 7/2017

Pada 13 Disember 2017, satu mesyuarat EKSA Zon Pulau Aur telah diadakan.

Antara agenda yang dibincangkan dalam mesyuarat tersebut adalah:-

  1. Hari Aktiviti EKSA yang akan diadakan pada 17 Disember 2017 (Ahad) untuk menghadapi Audit Dalaman EKSA JUPEM Johor Bil. 4/2017.
  2. Kutipan terkini zon.
  3. Pembahagian kumpulan A dan B untuk Hari Sukan.
  4. Hal-hal lain.








Hari Sukan Part I

Hari Sukan Zon Pulau Aur telah diadakan pada 13 dan 14 Disember 2017 yang berlangsung di Dewan Iskandar Puteri, Blok A, Wisma Persekutuan, Johor Bahru.

Tiga acara sukan dipertandingkan pada Hari Sukan tersebut iaitu pertandingan congkak, dart dan karom.

Lapan kumpulan telah dibahagikan kepada Kumpulan A dan Kumpulan B mengikut cabutan.

Hari Sukan telah dirasmikan oleh Tuan Pengarah Ukur, Sr Ramli bin Nor diiringi dengan Timbalan Pengarah II, Sr Ahmad Kamal Arifin bin Jaafar dan Penolong Pengarah Ukur Seksyen NDCDB, Sr Abdul Rahman bin Mintar.

Pengadil jemputan untuk setiap pertandingan adalah:-

Congkak : Puan Iryani Balqis
Dart : Puan Suhaidah binti Khalid
Karom : Puan Siti Arbaiyah binti Badri



Tuan Pengarah Ukur menjentik buah karom sebagai tanda perasmian Hari Sukan Zon Pulau Aur telah dimulakan.



   
 






Monday, December 11, 2017

Poster Mesyuarat Zon Pulau Aur Bil. 7/2017

Nota:-

Sila klik pada gambar untuk paparan yang lebih jelas. Terima kasih.


Poster Hari Aktiviti EKSA Bil. 14/2017

Nota:-

Sila klik pada gambar untuk paparan yang lebih jelas. Terima kasih.

Sunday, December 10, 2017

Pertandingan sukan

Satu pertandingan sukan antara Seksyen NDCB, Seksyen Kadaster Pelbagai dan Seksyen Teknologi Maklumat akan diadakan pada 13 dan 14 Disember 2017 bertempat di Dewan Serbaguna JUPEM Johor.

Antara sukan yang dipertandingkan adalah dart, karom dan congkak.

Sebanyak 8 kumpulan akan dipecahkan (satu kumpulan tiga orang).


Hadiah menarik turut disediakan.

Manakala syarat-syarat pertandingan boleh diakses DISINI.

Thursday, December 7, 2017

Pertandingan Hari EKSA JUPEM Johor

Bersempena JUPEM JOHOR ke arah persijilan EKSA, Jawatankuasa Induk EKSA JUPEM Johor akan menganjurkan "Pertandingan Hari EKSA JUPEM Johor" yang bermula pada 7 Disember 2017 sehingga 15 Januari 2018. 

Terdapat lima (5) pertandingan yang akan dipertandingkan iaitu:-
  • Amalan Zon EKSA Terbaik
  • Bilik Pejabat Terbaik
  • Amalan Hijau Terbaik
  • Sudut Zon EKSA Terbaik
  • Sudut Go Green atau Amalan Hijau

Disertakan syarat-syarat Pertandingan Hari EKSA JUPEM Johor DISINI