Tips bagaimana membina kerjaya cemerlang.
- Bersikap optimis dan fleksible dengan melihat segala jenis perubahan sebagai cabaran dan bukannya ancaman. Sukar untuk kita berjaya jika tidak fleksible terhadap segala perubahan yang berlaku.
- Belajar untuk mengurus dan mengkoordinasi segala urusan dengan baik kerana ini akan banyak membantu kita dalam pekerjaan.
- Apabila mengenali ramai orang dalam bidang pekerjaan, maka adalah penting untuk kita selalu menunjukkan imej yang baik dengan selalu menjaga sikap dan tabiat kita. Peliharalah hubungan baik dengan rakan sekerja dan pelanggan, kerana ini sangat penting untuk kemajuan pekerjaan.
- Pelajari dan kuasai maklumat serta pengetahuan berkaitan teknologi. Kemajuan teknologi berkembang pesar. Jangan jadikan alasan kegagalan menyiapkan pekerjaan kita kerana tidak menguasai teknologi sebagai penyebabnya.
- Peka terhadap segala perkara yang boleh memajukan organisasi kita. Bersikaplah secara pro-aktif dan ianya bukan menjadi satu kesalahan.
No comments:
Post a Comment