Thursday, November 30, 2017

Hari Aktiviti EKSA

Susulan dari memo dari Jawatankuasa Induk EKSA JUPEM Johor berkaitan Hari Aktiviti EKSA.

Hari Aktiviti EKSA Zon Pulau Aur dimulakan dengan perbincangan dari Ketua Zon Pulau Aur, Sr Abdul Rahman bin Mintar kepada semua ahli.

Perbincangan kali ini adalah menyentuh tentang tugasan yang perlu dibuat dan juga Hari Sukan yang akan berlangsung pada 13 dan 14 Disember 2017. Antara sukan yang dipertandingkan adalah congkak, dart dan karom.

Pertandingan ini akan diketuai oleh Puan Junidah binti Abu Bakar.




Kemudian, Hari Aktiviti EKSA diteruskan dengan menyusun atur bilik Iskandar Puteri.



Monday, November 27, 2017

Poster Hari Aktiviti EKSA Bil. 13/2017

Nota:-
Sila klik pada gambar untuk paparan yang lebih jelas. Terima kasih.


Thursday, November 16, 2017

Hari Aktiviti EKSA Zon Pulau Aur Bil.12/2017

Hari Aktiviti EKSA Zon Pulau Aur Bil.12/2017 kali ini menekankan persekitaran ruang pejabat dan persekitaran pejabat.




KEWPA7 (Senarai aset alih) dan tag nama

Aktiviti amalan hijau Zon Pulau Aur KEWPA7 (Senarai aset alih) dan tag nama.

Ahli-ahli Zon Pulau Aur bersetuju untuk menggantikan penanda nama dengan menggunakan barangan terpakai iaitu kotak komputer yang sudah tidak digunakan.

Ini juga merupakan satu aktiviti penyeragaman Zon Pulau Aur.

 

Sebelum

Selepas

Mesyuarat EKSA Zon Pulau Aur Bil. 6/2017

Mesyuarat EKSA Zon Pulau Aur telah berlangsung di Ruang Mesyuarat Zon Pulau Aur.

Mesyuarat ini telah dimulakan jam 9.00 pagi. Ketua Zon Pulau Aur, Sr Abdul Rahman bin Mintar mengalu-alukan kehadiran semua ahli pada mesyuarat hari ini.

Mesyuarat kali ini menyentuh tentang:-
  1. Penyeragaman Sekyen Kadaster Pelbagai dengan Sekyen Pangkalan Data Ukur Kadaster.
  2. Pemakluman AJK Keselamatan yang baru oleh Encik Syahrulizam bin A. Hamid yang menggantikan Encik Zainal Abidin bin Hassan yang bersara wajib.
  3. Hari Aktiviti EKSA Zon Pulau Aur Bil. 12/2017.
  4. Pertandingan-pertandingan yang akan dianjurkan oleh Jawatankuasa Promosi EKSA JUPEM Johor.
  5. Kutipan kewangan Zon Pulau Aur.
  6. Sudut kesihatan Zon Pulau Aur.
  7. Hal-hal lain.






Hari Aktiviti EKSA Zon Pulau Aur Bil. 12/2017 telah dimulakan dengan penyerahan Card Case oleh Ketua Zon Pulau Aur kepada Timbalan Ketua Zon, Puan Ng Kim Neo.

Wednesday, November 15, 2017

Sistem NRE*Log Latihan

Berhubung email melalui PUPN bertarikh 10 November 2017.

Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar (NRE) telah meluaskan penggunaan sistem NRE*Log Latihan kepada semua Jabatan dan Agensi di bawah NRE bagi menggantikan buku Log Latihan.

Sehubungan dengan itu, setiap kakitangan JUPEM diwajibkan merekod latihan yang telah dihadiri sepanjang tahun ke dalam sistem NRE*Log Latihan di http://nreloglatihan.nre.gov.my dengan merujuk kepada slide (sila klik DISINI) dengan menggunakan id alamat email iaitu username.

Tuesday, November 14, 2017

Poster Mesyuarat Zon Pulau Aur Bil. 5/2017

Nota:-
Sila klik pada gambar untuk paparan yang lebih jelas. Terima kasih.


Poster Hari Aktiviti EKSA Bil. 12/2017

Nota:-
Sila klik pada gambar untuk paparan yang lebih jelas. Terima kasih.


Monday, November 6, 2017

Program Sahabat Gerakan Revolusi Anti Rasuah GERAH

Sumber dari Unit Integriti JUPEM Helpdesk menerusi email bertarikh 6 November 2017

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah melancarkan Program Sahabat Gerakan Revolusi Anti Rasuah atau GERAH pada 1 Ogos 2017.

Program ini bertujuan untuk memberi peluang kepada masyarakat untuk sama-sama terlibat dengan SPRM dalam menyumbang tenaga dan buah fikiran bagi usaha pencegahan rasuah di Malaysia.

Zon Pulau Aur telah mengumpul borang penyertaan dari semua ahli sebagai tanda sokongan menjadi ahli Sahabat GERAH.


Wednesday, November 1, 2017

Tips membina kerjaya cemerlang

Tips ini dikongsikan oleh Buletin Sinergi Kaunseling Isu 02/2017 melalui email bertarikh 25.10.2017

Tips bagaimana membina kerjaya cemerlang.
  1. Bersikap optimis dan fleksible dengan melihat segala jenis perubahan sebagai cabaran dan bukannya ancaman. Sukar untuk kita berjaya jika tidak fleksible terhadap segala perubahan yang berlaku.
  2. Belajar untuk mengurus dan mengkoordinasi segala urusan dengan baik kerana ini akan banyak membantu kita dalam pekerjaan.
  3. Apabila mengenali ramai orang dalam bidang pekerjaan, maka adalah penting untuk kita selalu menunjukkan imej yang baik dengan selalu menjaga sikap dan tabiat kita. Peliharalah hubungan baik dengan rakan sekerja dan pelanggan, kerana ini sangat penting untuk kemajuan pekerjaan.
  4. Pelajari dan kuasai maklumat serta pengetahuan berkaitan teknologi. Kemajuan teknologi berkembang pesar. Jangan jadikan alasan kegagalan menyiapkan pekerjaan kita kerana tidak menguasai teknologi sebagai penyebabnya.
  5. Peka terhadap segala perkara yang boleh memajukan organisasi kita. Bersikaplah secara pro-aktif dan ianya bukan menjadi satu kesalahan.