Mesyuarat Zon Pulau Aur Bil. 4/2017 yang dipengerusikan oleh Ketua Zon Pulau Aur, Sr Abdul Rahman bin Mintar telah diadakan pada 16 Jun 2017 bertempat di Ruang Mesyuarat bagi membincangkan susulan daripada penemuan Audit Bil. 3/2017 yang telah diluluskan pada 29 Mei 2017 yang lalu.
Antara agenda yang dibincangkan adalah:-
Taklimat Keselamatan Zon Pulau Aur.
Penemuan Audit Dalaman EKSA JUPEM Johor Bil. 3/2017.
Pelantikan Bendahari baru menggantikan Tuan Haji Abdul Rahman.
Hari Aktiviti EKSA Zon Pulau Aur bil. 10/2017 telah berlangsung pada 8 Jun 2017 yang lalu bagi memberi tumpuan pada teguran dan penambahbaikan Audit Dalaman EKSA JUPEM Johor bil. 3/2017 yang telah diluluskan pada 29 Mei 2017.
Seramai 15 wakil dari JUPEM Johor telah menghadiri lawatan Penanda Aras ke Jabatan Perangkaan, Blok B, Wisma Persekutuan, Johor Bahru telah berlangsung pada 7 Jun 2017.
Lawatan ini telah diketuai oleh Ketua Jawatankuasa Latihan iaitu Encik Fahmi bin Azhari.
Tujuan utama lawatan ini adalah untuk berkongsi pengalaman Jabatan Perangkaan dalam menghadapi Audit dari MAMPU.
Bagi menghasilkan satu tan (1,000kg) kertas, sebanyak 17 batang pokok perlu ditebang. Hutan kita akan PUPUS jika kita tidak memulakan langkah penjimatan kertas dan amalkan aktiviti kitar semula. Sebagai warga EKSA yang bertanggungjawab, kita seharusnya mengamalkan amalan seperti berikut:
Mencetak atau membuat salinan dokumen sekiranya perlu sahaja
Mencetak menggunakan kedua-dua belah muka surat
Menggunakan kertas terpakai semasa mencetak dokumen tidak rasmi
Menggunakan sepenuhnya sistem aplikasi secara 'online' untuk mengurangkan penggunaan kertas; dan
Menggunakan mel elektronik (emel) untuk urusan rasmi.