Tuesday, April 18, 2017

Lawatan dalaman Jawatankuasa Promosi ke Zon Pulau Aur

Jawatankuasa Promosi telah mengadakan lawatan dalaman bagi mempromosikan Bulan Alam Sekitar sejajar dengan matlamat EKSA JUPEM Johor yang menitikberatkan aspek Amalan Hijau (Go Green) dalam pelaksanaannya.

Tujuan lawatan ini adalah untuk menyahut seruan kerajaan dalam menerapkan nilai kecintaan kepada alam sekitar berdasarkan dengan arahan pemakaian slogan terbaru "Negaraku, Alam Sekitarku".

Sejajar dengan itu, Jawatankuasa Promosi telah melancarkan satu program yang dikenali sebagai "Household e-Waste". 

Program lawatan ini menerangkan objektif program dan menerangkan serba-sedikit tentang program tersebut.

Apa itu e-Waste dari isirumah?
Barang-barang kelengkapan atau peralatan elektrik atau elektronik yang tidak lagi digunakan oleh pengguna asal dan tidak lagi memberi apa-apa nilai kepada pengguna tersebut. Sebagai contoh, komputer peribadi, televisyen, radio, peti sejuk, mesin basuh, penghawa dingin, pencetak, telefon bimbit, pemain DVD/VCD. bateri telefon bimbit dan sebagainya.

Buangan Terjadual (SW110)
Di Malaysia, e-Waste disenaraikan sebagai salah satu buangan terjadual dengan kod SW110 di bawah Peraturan-peraturan Kualiti Alam Sekeliling (Buangan Terjadual) 2005, Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974.

Kenapa ia perlu dikitar semula?
Semua bahan-bahan tersebut memberi kesan kepada kesihatan manusia dan kemusnahan pada alam sekitar. Oleh yang demikian, ianya memerlukan pengurusan dan kaedah pelupusan yang betul dan selamat.

Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar dengan kerjasama Jabatan Alam Sekitar Malaysia dan ENS telah mensasarkan 31 tan e-Waste dari isi rumah yang akan dikumpul di Tangkak.

Manakala program e-Waste JUPEM Johor akan dilaksanakan pada 20 April 2017 bermula jam 8.00 pagi - 9.00 pagi. Barang ini akan dikumpulkan di Tingkat 7, Blok A, Wisma Persekutuan.










Program lawatan ini diakhiri dengan penyerahan booklet, poster dan juga maklumat program e-Waste dari Ketua Jawatankuasa Promosi, Sr Kelvin Tang Kang Wee kepada Ketua Zon Pulau Aur, Sr Abdul Rahman bin Mintar.

No comments:

Post a Comment