Tuesday, April 25, 2017

Kempen Jom Baca 10 minit

Kempen Jom Baca 10 minit akan berlangsung pada 25 April 2017 bermula jam 11.00 pagi sehingga jam 11.10 pagi.

Jom kita bersama-sama memeriahkan kempen Jom Baca 10 Minit! 

Wednesday, April 19, 2017

Poster Hari Aktiviti EKSA Zon Pulau Aur

Nota:-
Sila klik pada gambar untuk paparan yang lebih jelas. Terima kasih.


Tuesday, April 18, 2017

Lawatan dalaman Jawatankuasa Promosi ke Zon Pulau Aur

Jawatankuasa Promosi telah mengadakan lawatan dalaman bagi mempromosikan Bulan Alam Sekitar sejajar dengan matlamat EKSA JUPEM Johor yang menitikberatkan aspek Amalan Hijau (Go Green) dalam pelaksanaannya.

Tujuan lawatan ini adalah untuk menyahut seruan kerajaan dalam menerapkan nilai kecintaan kepada alam sekitar berdasarkan dengan arahan pemakaian slogan terbaru "Negaraku, Alam Sekitarku".

Sejajar dengan itu, Jawatankuasa Promosi telah melancarkan satu program yang dikenali sebagai "Household e-Waste". 

Program lawatan ini menerangkan objektif program dan menerangkan serba-sedikit tentang program tersebut.

Apa itu e-Waste dari isirumah?
Barang-barang kelengkapan atau peralatan elektrik atau elektronik yang tidak lagi digunakan oleh pengguna asal dan tidak lagi memberi apa-apa nilai kepada pengguna tersebut. Sebagai contoh, komputer peribadi, televisyen, radio, peti sejuk, mesin basuh, penghawa dingin, pencetak, telefon bimbit, pemain DVD/VCD. bateri telefon bimbit dan sebagainya.

Buangan Terjadual (SW110)
Di Malaysia, e-Waste disenaraikan sebagai salah satu buangan terjadual dengan kod SW110 di bawah Peraturan-peraturan Kualiti Alam Sekeliling (Buangan Terjadual) 2005, Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974.

Kenapa ia perlu dikitar semula?
Semua bahan-bahan tersebut memberi kesan kepada kesihatan manusia dan kemusnahan pada alam sekitar. Oleh yang demikian, ianya memerlukan pengurusan dan kaedah pelupusan yang betul dan selamat.

Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar dengan kerjasama Jabatan Alam Sekitar Malaysia dan ENS telah mensasarkan 31 tan e-Waste dari isi rumah yang akan dikumpul di Tangkak.

Manakala program e-Waste JUPEM Johor akan dilaksanakan pada 20 April 2017 bermula jam 8.00 pagi - 9.00 pagi. Barang ini akan dikumpulkan di Tingkat 7, Blok A, Wisma Persekutuan.










Program lawatan ini diakhiri dengan penyerahan booklet, poster dan juga maklumat program e-Waste dari Ketua Jawatankuasa Promosi, Sr Kelvin Tang Kang Wee kepada Ketua Zon Pulau Aur, Sr Abdul Rahman bin Mintar.

Thursday, April 13, 2017

Wednesday, April 12, 2017

Audit Dalaman EKSA Zon Pulau Aur Bil. 2/2017

Sekitar Audit Dalaman EKSA Zon Pulau Aur Bil. 2/2017 di Zon Pulau Aur.

Program telah dimulakan dengan Sr Abdul Rahman bin Mintar selaku Ketua Zon Pulau Aur mengalu-alukan kehadiran pasukan juruaudit ke Zon Pulau Aur yang diketuai oleh Encik Rohidi Mohamad.

Audit kali ini akan menyentuh lebih menyeluruh untuk menghadapi Pensijilan MAMPU yang dijangka akan berlangsung pada bulan Jun yang akan datang.

Sekitar Audit Dalaman EKSA Zon Pulau Aur Bil. 2/2017.

















Tuesday, April 11, 2017

Pra Audit EKSA Zon Pulau Aur

Pra Audit EKSA Zon Pulau Aur telah diketuai oleh Tuan Haji Mohamed Rashid bin Hassan telah dibuat menjelang Audit Dalaman EKSA JUPEM Johor.

Beliau membuat pemeriksaan mengejut untuk memastikan ahli-ahli Zon Pulau Aur bersedia dalam menghadapi Audit kali ini.

Sekitar Pra Audit Zon Pulau Aur.











Audit Dokumentasi dan Blog Zon Pulau Aur

Audit Dalaman EKSA Bil. 1/2017 telah berlangsung pada 10 April 2017 untuk mengaudit dokumentasi dan juga blog bagi Zon Pulau Aur.

Proses pengauditan telah dibuat di Bilik Mesyuarat Tanjung Puteri bermula jam 9.00 pagi - 1.00 tengahari.

Ketua Juruaudit kali ini diketuai oleh Encik Rohidi bin Mohammad.

Sesi dokumentasi Zon Pulau Aur telah dibentangkan oleh Sr Abdul Rahman bin Mintar selaku Ketua Zon Pulau Aur dan dibantu oleh Setiausaha Zon, Puan Ida Kamilia binti Mudzakir.






Monday, April 10, 2017

Thursday, April 6, 2017

Bilik Terperingkat

Terdapat tiga bilik terperingkat di Zon Pulau Aur yang merupakan kawasan "terhad".

Hanya pegawai dan kakitangan yang mempunyai akses sahaja yang boleh dibenarkan masuk.

Bilik-bilik tersebut adalah:-



Sudut kesedaran Amalan Hijau

Sudut kesedaran Amalan Hijau ini diletakkan di ruangan Seksyen Kadaster Pelbagai.


Dengan menggunakan seramik lantai, setiap maklumat diletakkan di seramik tersebut untuk memberi kesedaran kepentingan Amalan Hijau.