Monday, March 20, 2017

Perbincangan Kriteria Permakahan Audit EKSA JUPEM Johor

Satu perbincangan tentang kriteria Permarkahan Audit EKSA JUPEM Johor telah dibuat pada 20 Mac 2017 bertempat di Bilik Mesyuarat Tanjung Puteri, Tingkat 9, Wisma Persekutuan, Johor Bahru.

Perbincangan ini telah dipengerusikan oleh Sr Ahmad Kamal Arifin bin Jaafar selaku Fasilitator EKSA JUPEM Johor dan turut dihadiri oleh Jawatankuasa-jawatankuasa Induk seperti Jawatankuasa Latihan, Jawatankuasa Promosi dan Jawatankuasa Audit serta Ketua Zon dan wakil-wakil setiap zon.

Seterusnya, perbincangan ini telah diteruskan oleh Ketua Jawatankuasa Latihan Encik Fahmi bin Azhari dan juga Ketua Jawatankuasa Audit, Puan Nazliah binti Chikon.

Wakil dari Zon Pulau Aur ialah Encik Abdul Rahman bin Mintar selaku Ketua Zon Pulau Aur.

Objektif perbincangan ini adalah untuk memberi kefahaman dan mengupas lebih lanjut tentang permarkahan-permarkahan Audit EKSA di setiap komponen A, B, C, D, E dan F.





No comments:

Post a Comment