Wednesday, March 22, 2017

Hari Aktiviti EKSA Zon Pulau Aur Bil. 5/2017

Hari Aktiviti EKSA Zon Pulau Aur telah berlangsung pada 22 Mac 2017.

Kali ini Hari Aktiviti EKSA menyentuh tentang:-
  1. Kemasan dan susun atur di ruang kerja masing-masing.
  2. Menyemak tagging yang telah tertanggal atau rosak.
  3. Menyemak kedudukan pelan lampu.
  4. Membuat 'pra audit'.
  5. Menggantikan kertas di sudut Papan Kenyataan Bilik Kebal yang sudah lusuh.
  6. Pelabelan "rosak" untuk Exhaust fan di Zon Pulau Aur.
Penglibatan semua ahli Zon Pulau Aur dalam menjayakan Hari Aktiviti EKSA dapat mengeratkan lagi kerjasama dalam memastikan objektif program aktiviti EKSA tercapai.






Monday, March 20, 2017

Perbincangan Kriteria Permakahan Audit EKSA JUPEM Johor

Satu perbincangan tentang kriteria Permarkahan Audit EKSA JUPEM Johor telah dibuat pada 20 Mac 2017 bertempat di Bilik Mesyuarat Tanjung Puteri, Tingkat 9, Wisma Persekutuan, Johor Bahru.

Perbincangan ini telah dipengerusikan oleh Sr Ahmad Kamal Arifin bin Jaafar selaku Fasilitator EKSA JUPEM Johor dan turut dihadiri oleh Jawatankuasa-jawatankuasa Induk seperti Jawatankuasa Latihan, Jawatankuasa Promosi dan Jawatankuasa Audit serta Ketua Zon dan wakil-wakil setiap zon.

Seterusnya, perbincangan ini telah diteruskan oleh Ketua Jawatankuasa Latihan Encik Fahmi bin Azhari dan juga Ketua Jawatankuasa Audit, Puan Nazliah binti Chikon.

Wakil dari Zon Pulau Aur ialah Encik Abdul Rahman bin Mintar selaku Ketua Zon Pulau Aur.

Objektif perbincangan ini adalah untuk memberi kefahaman dan mengupas lebih lanjut tentang permarkahan-permarkahan Audit EKSA di setiap komponen A, B, C, D, E dan F.





Sunday, March 19, 2017

Poster Hari Aktiviti EKSA Zon Pulau Aur

Nota:-
Sila klik pada gambar untuk paparan yang lebih jelas. Terima kasih.


Thursday, March 16, 2017

Hari Aktiviti EKSA Zon Pulau Aur Bil. 4/2017

Hari Aktiviti EKSA Zon Pulau Aur bagi Bil. 4/2017 kali ini menumpukan kepada Bilik Kota Iskandar.

Kali ini adalah untuk mengemas dan menyusun atur semula pelan-pelan warta yang diletakkan di Bilik Kota Iskandar ini.





Tuesday, March 14, 2017

Poster Hari Aktiviti EKSA Zon Pulau Aur

Nota:-
Sila klik pada gambar untuk paparan yang lebih jelas. Terima kasih.

Sunday, March 5, 2017

Poster Perkongsian EKSA JUPEM Johor Siri 3/2017


Hari Aktiviti EKSA Zon Pulau Aur Bil. 3/2017

Hari Aktiviti EKSA Zon Pulau Aur telah berlangsung pada 23 Februari 2017. Antara agenda Hari Aktiviti EKSA Zon Pulau Aur ialah:-
  1. Melaksanakan penambahbaikan sebagaimana teguran Audit Bil. 1/2017 dan menyediakan Laporan Tindakan Pembetulan.
  2. Mengumumkan nama pemenang Amalan Hijau: Bekas Tempat Pensil
  3. Jamuan perpisahan pegawai Puan Zaiton binti A. Wahab yang akan berpindah ke unit HMT.
Ahli zon Pulau Aur bergotong-royong dalam memastikan penambahbaikan dan teguran Audit telah dibuat dan direkodkan.

Kemudian, acara penyampaian hadiah kepada 17 orang ahli Zon Pulau Aur yang telah mengambil bahagian dalam Amalan Hijau: Bekas Tempat Pensil.





Senarai Pemenang Amalan Hijau: Bekas Tempat Pensil adalah seperti berikut:-
Tempat Pertama: Puan Azimah binti Md. Filus


Tempat Kedua: Encik Mazlan bin Md Nor


Tempat Ketiga: Puan Norliza binti Ab Wahab.


Acara diteruskan dengan sedikit jamuan bagi meraikan Puan Zaiton binti A Wahab yang akan berpindah ke Seksyen Hakmilik Tanah bermula 1 Mac 2017. Ahli Zon Pulau Aur mengucapkan selamat maju jaya kepada beliau.