Tuesday, November 22, 2016

Hari Inovasi dan Majlis Pelancaran EKSA JUPEM Johor

Hari Inovasi dan Majlis Pelancaran EKSA JUPEM Johor telah berlangsung pada 21 November 2016 yang bertempat di Dewan Iskandar Puteri, Wisma Persekutuan, Johor Bahru.

Majlis ini telah disempurnakan oleh YBrs. Sr Hj Ramli bin Nor, Pengarah Ukur dan Pemetaan Negeri Johor merangkap Penasihat EKSA JUPEM Johor.

Majlis diteruskan dengan sesi ceramah oleh Encik Hassan bin Sulaimi, Penolong Penguatkuasa SPRM Johor dengan tajuk "Cabaran Penjawat Awam dalam Melaksanakan Tugas Berintegriti Masakini"

Majlis Pelancaran EKSA JUPEM Johor









Dua pegawai Zon Pulau Aur telah menerima Anugerah Khas Pengarah Ukur dan Pemetaan Johor iaitu:
  1. Encik Burhanuddin bin Abu Samah
  2. Puan Ng Kim Neo 


Penyerahan fail Zon EKSA kepada Ketua Zon yang telah diterima oleh Timbalan Ketua Zon Pulau Aur, Puan Ng Kim Neo.


Seterusnya, Zon Pulau Aur telah menerima pelbagai anugerah sempena Pertandingan Inovasi yang telah berlangsung sepanjang bulan Mei.

Antara anugerah yang telah diterima adalah seperti berikut:



Johan - Kumpulan Erudite (Smart Claim Form)



Tempat Kedua - Kumpulan Sapphire (QRCode4Asset)



Anugerah Juri Persembahan Terbaik - Kumpulan Jitu (Skateboard CPU)

Produk Inovasi QRCode4Asset telah dipilih oleh Pengarah Ukur dan Pemetaan Negeri Johor sebagai Projek KIK JUPEM Johor.


Seterusnya pemenang pertandingan Logo EKSA JUPEM Johor telah dimenangi oleh Encik Muhammad Hafiz bin Mazlan dari Cawangan Penyelarasan Data Geospatial (CPDG).





Saguhati Pertandingan Merekacipta Logo EKSA JUPEM Johor

Manakala pertandingan Motto EKSA JUPEM Johor telah dimenangi oleh Puan Suryati binti Abdullah dari Cawangan Semakan Kualiti dengan Motto "Persekitaran Kondusif Warga Produktif"


Bagi anugerah Seksyen Terbaik dimenangi oleh Seksyen Pelan Pelbagai.


No comments:

Post a Comment