Tuesday, November 29, 2016

Keselamatan pejabat, tanggungjawab kita bersama.

Adakah anda orang terakhir yang meninggalkan pejabat?

Sila pastikan:-
  1. Suis lampu dan penghawa dingin telah dimatikan.
  2. Semua komputer/perkakasan elektrik pejabat telah dimatikan.
  3. Tingkat dan pintu bilik telah ditutup.
  4. Pintu Utama telah dikunci.

Friday, November 25, 2016

Hari EKSA Zon Pulau Aur: Tatacara bilik kebal

Hari EKSA Zon Pulau Aur telah berlangsung pada 24 November 2016, bermula jam 9.00 pagi, lanjutan daripada hasil perbincangan antara ahli zon pada 23 November 2016 untuk mengemas fail-fail strata yang diletakkan di bilik kebal.

Fail-fail tersebut disusun dan dilabel untuk memudahkan pencarian pegawai dan kakitangan yang berada dibilik kebal.

Sorotan sekitar gambar Hari EKSA Zon Pulau Aur.







Tuesday, November 22, 2016

Hari Inovasi dan Majlis Pelancaran EKSA JUPEM Johor

Hari Inovasi dan Majlis Pelancaran EKSA JUPEM Johor telah berlangsung pada 21 November 2016 yang bertempat di Dewan Iskandar Puteri, Wisma Persekutuan, Johor Bahru.

Majlis ini telah disempurnakan oleh YBrs. Sr Hj Ramli bin Nor, Pengarah Ukur dan Pemetaan Negeri Johor merangkap Penasihat EKSA JUPEM Johor.

Majlis diteruskan dengan sesi ceramah oleh Encik Hassan bin Sulaimi, Penolong Penguatkuasa SPRM Johor dengan tajuk "Cabaran Penjawat Awam dalam Melaksanakan Tugas Berintegriti Masakini"

Majlis Pelancaran EKSA JUPEM Johor









Dua pegawai Zon Pulau Aur telah menerima Anugerah Khas Pengarah Ukur dan Pemetaan Johor iaitu:
  1. Encik Burhanuddin bin Abu Samah
  2. Puan Ng Kim Neo 


Penyerahan fail Zon EKSA kepada Ketua Zon yang telah diterima oleh Timbalan Ketua Zon Pulau Aur, Puan Ng Kim Neo.


Seterusnya, Zon Pulau Aur telah menerima pelbagai anugerah sempena Pertandingan Inovasi yang telah berlangsung sepanjang bulan Mei.

Antara anugerah yang telah diterima adalah seperti berikut:



Johan - Kumpulan Erudite (Smart Claim Form)



Tempat Kedua - Kumpulan Sapphire (QRCode4Asset)



Anugerah Juri Persembahan Terbaik - Kumpulan Jitu (Skateboard CPU)

Produk Inovasi QRCode4Asset telah dipilih oleh Pengarah Ukur dan Pemetaan Negeri Johor sebagai Projek KIK JUPEM Johor.


Seterusnya pemenang pertandingan Logo EKSA JUPEM Johor telah dimenangi oleh Encik Muhammad Hafiz bin Mazlan dari Cawangan Penyelarasan Data Geospatial (CPDG).





Saguhati Pertandingan Merekacipta Logo EKSA JUPEM Johor

Manakala pertandingan Motto EKSA JUPEM Johor telah dimenangi oleh Puan Suryati binti Abdullah dari Cawangan Semakan Kualiti dengan Motto "Persekitaran Kondusif Warga Produktif"


Bagi anugerah Seksyen Terbaik dimenangi oleh Seksyen Pelan Pelbagai.


Sunday, November 20, 2016

Poster Mesyuarat Zon Pulau Aur Bil. 2/2016

Nota:-
Sila klik pada gambar untuk paparan yang lebih jelas. Terima kasih.


Wednesday, November 9, 2016

Poster Hari Aktiviti EKSA Zon Pulau Aur

Nota:-
Sila klik pada gambar untuk paparan yang lebih jelas. Terima kasih.


Tuesday, November 8, 2016

Sambutan hari jadi Encik Saneh bin Mawar

Sambutan Hari Jadi untuk pegawai Encik Saneh bin Mawar telah berlangsung pada 7 November 2016 di Zon Aur.

Majlis serba ringkas ini dapat mengeratkan silaturrahim antara satu sama lain.









Tuesday, November 1, 2016

Poster Hari Aktiviti EKSA Zon Pulau Aur

Nota:-
Sila klik pada gambar untuk paparan yang lebih jelas. Terima kasih.