Thursday, July 26, 2018

Hari Aktiviti EKSA Zon Pulau Aur

Seperti yang dirancang, Hari Aktiviti EKSA telah berlangsung seperti yang dijadualkan.

Kali ini, Hari Aktiviti EKSA menekankan kebersihan, susunatur dan kekemasan di Bilik Kebal.













Terima kasih kepada semua ahli Zon Pulau Aur yang bertungkus-lumus menjayakan Hari Aktiviti EKSA kali ini.

Tuesday, July 24, 2018

Go Green Part III

Pada 25 Julai yang lalu, satu program go green telah dilaksanakan iaitu menjual barangan terpakai yang telah dikumpul.

Projek Go Green ini telah diketuai oleh Encik Burhanuddin bin Abu Samah.

Antara produk recycle yang berjaya dikumpulkan adalah kertas terpakai, kotak, botol plastik, wayar dan lain-lain lagi.

Jumlah kutipan yang berjaya dijual kali ini adalah sebanyak RM 71.90.
















Tahniah kepada semua ahli Zon Pulau Aur yang menjayakan program ini.

Wednesday, July 18, 2018

Poster Hari Aktiviti EKSA Zon Pulau Aur

Nota:-
Sila klik pada gambar untuk paparan yang lebih jelas. Terima kasih.


Sunday, July 15, 2018

Poster Mesyuarat EKSA Zon Pulau Aur Bil. 3/2018

Nota:-
Sila klik pada gambar untuk paparan yang lebih jelas. Terima kasih.


Sunday, July 8, 2018

Sambutan Majlis Hari Raya JUPEM Johor

Pada 8 Julai 2018 yang lalu, telah berlangsung sambutan Majlis Hari Raya Peringkat JUPEM Johor di Dewan Iskandar Puteri, Johor Bahru.

Majlis ini telah diserikan dengan kehadiran dif-dif jemputan, pesara dan bakal pesara. Majlis ini turut dihadiri oleh Tuan Pengarah Ukur, Sr Tuan Haji Ramli bin Nor dan isteri.

Bacaan doa oleh Encik Mazlan bin Md Nor bagi memberkati majlis ini dan seterusnya ucapan pembukaan oleh Pengarah Ukur.