Thursday, April 26, 2018

Taklimat dan Latihan Fizikal Keselamatan dan Kecemasan

Pada Khamis yang lepas, Ibu Pejabat JUPEM Johor telah menganjurkan satu taklimat dan latihan Fizikal Keselamatan dan Kecemasan.


Seramai 50 wakil jabatan telah menghadiri taklimat ini yang diadakan di Dewan Iskandar Puteri, Johor Bahru dan telah disampaikan oleh wakil Jabatan Pertahanan Awam (JPAM).

Terdapat tiga tajuk utama kali ini yang menyentuh tentang keselamatan iaitu:-

First Aid 
  • Prinsip Pertolongan Cemas
  • Tanggungjawab Ahli Pertolongan Cemas

Cardio Pulmonary Resuscitation (CPR)
  • Keperluan CPR
  • Teknik asas melaksanakan CPR Dewasa/Kanak-kanak/Bayi

Latihan kebakaran.









Wednesday, April 18, 2018

Taklimat Pengenalan Pentadbiran Tanah Negeri Johor

Taklimat Pengenalan Pentadbiran Tanah Negeri Johor telah disampaikan oleh Encik Ahmad Roslan, wakil dari Pejabat Tanah Galian Johor.

Objektif taklimat ini adalah untuk memberi kefahaman dan penjelasan yang lebih jelas tentang proses dan prosedur pentadbiran tanah di Negeri Johor.



Taklimat ini turut dihadiri oleh Pengarah Ukur dan Pemetaan Johor, Sr Tuan Haji Ramli bin Nor.

Nota slideshow boleh diakses disini.

Thursday, April 12, 2018

Aktiviti Go Green | Kotak Terpakai Siri II

Hari Aktiviti EKSA Bil. 7/2018 kali ini juga menumpukan projek jual beli kotak terpakai.






Hasil jualan yang terkumpul telah dimasukkan ke dalam tabung EKSA Zon Pulau Aur bagi menampung aktiviti-aktiviti EKSA yang akan dijalankan pada masa hadapan.

Tuesday, April 10, 2018

Poster Hari Aktiviti EKSA Zon Pulau Aur Bil. 7/2018

Nota:-

Sila klik pada gambar untuk paparan yang lebih jelas. Terima kasih.

Sunday, April 1, 2018

Perkongsian Poster Integriti JUPEM Johor Siri 1/2018

Perkongsian Poster Integriti JUPEM Johor Siri 1/2018.


Nota:-
Sila klik pada gambar untuk paparan yang lebih jelas. Terima kasih.