Wednesday, August 29, 2018

Cenderamata untuk MAMPU

Hasil air tangan dan kreativiti ahli Zon Pulau Aur dalam merekabentuk cenderamata untuk Juruaudit MAMPU.

Cenderamata ini telah disampaikan oleh Encik Khairol Nizam, Penolong Pengarah Ukur, Seksyen Kadaster Pelbagai.





Tuesday, August 28, 2018

Selamat datang

Kami di Zon Pulau Aur mengalu-alukan kehadiran Juruaudit dari MAMPU , Encik Zulkifly bin Abdul Malek ke JUPEM Johor.


Monday, August 27, 2018

Penyerahan Gegantung

Jawatankuasa Promosi EKSA JUPEM Johor telah menyerahkan gegantung kepada Timbalan Ketua Zon Pulau Aur, Puan Ng Kim Neo mewakili Ketua Zon Pulau Aur.

Penyerahan ini adalah bagi mengalu-alukan kehadiran Juruadit dari MAMPU ke JUPEM Johor.


Merdeka Colouring Contest

Sempena menyambut Hari Kemerdekaan, Jawatankuasa Promosi telah melancarkan satu Pertandingan Mewarna "Merdeka Colouring Contest" untuk anak-anak pegawai dan kakitangan JUPEM Johor menyertainya.


Tarikh tutup penyertaan adalah pada 28 Ogos 2018.


Sunday, August 26, 2018

Mesyuarat EKSA Zon Pulau Aur Bil. 5/2018

Hari ini berlangsung satu mesyuarat EKSA Zon Pulau Aur bagi Bil. 5/2018.

Kali ini membincangkan pelbagai perkara antaranya
1. Audit Kadaster
2. Audit Pensijilan MAMPU
3. Fail meja.





Mesyuarat diakhiri dengan Penyerahan Bendera untuk Program Semangat Merdeka 2018 Peringkat Zon Pulau Aur.

Thursday, August 23, 2018

Poster Mesyuarat EKSA Zon Pulau Aur Bil. 5/2018

Nota:-
Sila klik pada gambar untuk paparan yang lebih jelas. Terima kasih.



Poster Hari Aktiviti EKSA Zon Pulau Aur

Nota:-
Sila klik pada gambar untuk paparan yang lebih jelas. Terima kasih.


Thursday, August 16, 2018

Hari Aktiviti EKSA Zon Pulau Aur

Hari Aktiviti EKSA Zon Pulau Aur kali ini memfokuskan tentang membersihkan dan mengecat dinding yang kotor.

Mesyuarat sebulat suara bersetuju untuk mengeluarkan sedikit perbelanjaan dari tabung EKSA untuk membeli peralatan cat.






Terima kasih kepada semua penyumbang potluck makanan untuk Hari Aktiviti EKSA kali ini.

Terima kasih juga kepada semua ahli Zon Pulau Aur yang bertungkus-lumus membantu mengecat semula dinding.

Wednesday, August 15, 2018

Pra Audit Dalaman EKSA JUPEM Johor

Pada 15 Ogos 2018 telah berlangsung satu Audit Dalaman EKSA JUPEM Johor.

Audit dokumentasi juga dijalankan serentak di Bilik Mesyuarat Tanjung Puteri yang diketuai oleh Ketua Jawatankuasa Audit, Puan Nazliah binti Chikon.



Audit Dalaman EKSA JUPEM Johor ini juga merupakan salah satu persediaan bagi menghadapi Audit dari MAMPU pada 28-30 Ogos 2018 nanti.















Taklimat Anti Dadah dan Sesi Ujian Air Kencing

Pada 15 Ogos 2018, satu taklimat anti dadah dan sesi ujian air kencing telah berlangsung di Dewan Iskandar Puteri Johor Bahru.

Taklimat disampaikan oleh wakil dari Agensi Anti Dadah Kebangsaan Negeri Johor.

Setelah itu, satu sesi ujian air kencing telah dijalankan bagi memastikan tiada penjawat awam terbabit dalam penyalahgunaan dadah.







Tuesday, August 14, 2018

Poster Pra Audit Dalaman EKSA JUPEM Johor

Nota:-
Sila klik pada gambar untuk paparan yang lebih jelas.


Monday, August 13, 2018

Bengkel Pemantapan dan Pengemaskinian Dokumentasi EKSA

Pada 13 Ogos 2018 bertempat di Bilik Mesyuarat Tanjung Puteri telah berlangsung satu Bengkel Pemantapan dan Pengemaskinian Dokumentasi EKSA.


Objektif bengkel ini dibuat adalah bagi menyelaraskan penyediaan dokumentasi EKSA bagi semua Jawatankuasa Induk dan juga zon.

Bengkel ini telah dipengerusikan oleh Sr Powzy bin Mohd. Som, Timbalan Pengarah Ukur dan Pemetaan 1 merangkap Penyelaras Jawatankuasa Induk EKSA.


Bengkel ini turut dihadiri Setiausaha Jawatankuasa Induk EKSA JUPEM Johor, Ketua Jawatankuasa Latihan serta wakil setiap Jawatankuasa Induk dan Zon.



Sunday, August 12, 2018

Poster Hari Aktiviti EKSA Zon Pulau Aur

Nota:-
Sila klik pada gambar untuk paparan yang lebih jelas. Terima kasih.


Gotong-royong Perdana EKSA JUPEM Johor

Gotong-royong Perdana EKSA JUPEM Johor telah berlangsung pada 12 Ogos 2018.

Gotong-royong kali ini menekankan beberapa tempat-tempat kritikal seperti bilik fail, stor, keselamatan dan sebagainya bagi menghadapi Pensijilan Audit MAMPU pada 28-30 Ogos 2018.



Pantry/Ruang Rehat






Persekitaran pejabat