Tuesday, September 26, 2017

Majlis Persaraan dan Pertukaran Pegawai

Satu majlis meraikan bakal pesara, Encik Zainal Abidin bin Hassan dan juga pertukaran pegawai ke Seksyen Pelan Berdigit, Puan Khairul Jihan binti Mohd Fadzillah telah berlangsung di New York Hotel, Johor Bahru.

Majlis yang turut dihadiri oleh Timbalan Pengarah Ukur (Pengurusan), Sr Pauzzi bin Ismail, Juruukur Daerah Selatan, Sr Ahmad Nazlie bin Abdullah dan diiringi Penolong Pengarah Ukur Seksyen NDCDB, Sr Abdul Rahman bin Mintar.

Majlis dimulakan dengan ucapan dari Encik Zainal Abidin bin Hassan dan juga Puan Khairul Jihan binti Md Fazilah

Encik Zainal Abidin bin Hassan akan bersara wajib pada bulan Disember manakala Puan Khairul Jihan telah bertukar ke Seksyen Pelan Berdigit bermula 1 September 2017.

Kemudian, sesi penyerahan cenderahati oleh Timbalan Pengarah Ukur (Pengurusan), Sr Pauzzi bin Ismail kepada pegawai yang diraikan.


Sunday, September 10, 2017

Latihan dalam perkhidmatan - Pematuhan Empat Hari Berkursus

Sumber email adalah dari Seksyen Pembangunan Kompetensi, Bahagian Perancangan dan Korporat.

Latihan dalam perkhidmatan iaitu Pematuhan (4) empat hari berkursus.