Selamat Hari Kemerdekaan yang ke-60!
Malaysia #SehatiSejiwa
Friday, August 18, 2017
Wednesday, August 16, 2017
Sesi perkongsian ilmu Pelarasan Ganda Dua Terdikit
Sesi perkongsian ilmu Pelarasan Ganda Dua Terdikit (Least Square Adjustment) telah berlangsung hari ini di Ruang Mesyuarat Tingkat 8, JUPEM Johor
Perkongsian ini antara unit Cawangan Pelarasan Data Geospatial dan Cawangan Semakan Kualiti bersama-sama dengan Encik Norshahrizan Mohd Hashim dari Universiti Teknologi Malaysia.
Turut hadir ke sesi perkongsian ilmu ini ialah Penolong Pengarah Ukur Seksyen NDCDB, Sr Abdul Rahman bin Mintar dan Jurukur Daerah Johor Bahru, Sr Ahmad Nazlie bin Muhamad.

Tuesday, August 15, 2017
Taklimat Anti Dadah dan Ujian Saringan Air Kencing
Satu taklimat anti dadah dan ujian saringan air kencing telah berlangsung di JUPEM Johor.
Taklimat ini merupakan anjuran bersama Agensi Dadah Kebangsaan Negeri Johor (AADK).
Taklimat ini merupakan anjuran bersama Agensi Dadah Kebangsaan Negeri Johor (AADK).
Monday, August 14, 2017
Sunday, August 6, 2017
Poster Perkongsian EKSA JUPEM Johor Siri 8/2017
Kerajaan telah mewajibkan pengasingan sisa pepejal mulai 1 September 2015. Pelaksanaan perkara ini berdasarkan Peraturan di bawah Akta Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam 2007 (Akta 672). Peraturan ini adalah sebahagian usaha Kerajaan untuk meningkatkan kadar kitar semula yang juga akan mengurangkan penghantaran sisa pepejal ke tapak pelupusan sedia ada semakin kehabisan ruang. Secara umumnya, pengasingan sisa pepejabar di pejabat boleh dikategorikan seperti berikut:
Kertas
Plastik
Tin aluminium/besi/logam lain
Kaca/Seramik
Kertas
Surat khabar, majalah, buku panduan, komik, katalog, kertas komputer, kertas A4, kertas berwarna, resit, bil, kotak kertas, kadbod, kalender, sampul surat, poskad, risalah, dan bungkusan pos.
Plastik
Botol minuman ringan, botol jus, botol minuman air mineral, bekas makanan, bekas sabun cecair mandian, botol syampu, botol makanan kesihatan/vitamin, bekas pencuci pakaian/lantai, botol kicap, baldi, beg plastik, bekas ais krim dan lain-lain jenis plastik.
Tin aluminium/besi/logam lain
Tin minuman ringan, tin makanan dan sos, tin biskut, tin makanan cecair, alatan dapur seperti sudu, periuk senduk dan sebagainya;
Kaca/Seramik
Botol kicap, botol sos, botol jem, botol minuman ringan, botol vitamin, bekas kosmetik, pinggan kaca dan sebagainya.
Sisa elektrik/barang elektrik kecil
Bateri, kalkulator, telefon bimbit, peralatan elektrik, lampu kalimantang, lampu LED, cerek elektrik, dapur elektrik dan sebagainya.
Bagi komposisi sisa pepejal yang telah diasingkan di atas hendaklah dimasukkan ke dalam bekas yang ditetapkan di Sudut Go Green setiap Zon EKSA. Melalui penerapan dan pembudayaan amalan 3R (Reuce, Reduse & Recycle) dan pengasingan sisa pepejal ini adalah diharapkan masyarakat akan menghargai sisa pepejal sebagai satu sumber baru yang dapat digunakan sebagai alternatif kepada sumber bahan mentah asli dalam pembuatan sesuatu produk.

Ini secara tidak langsung akan dapat memastikan sumber-sumber alam semulajadi diuruskan secara bijak dan lestari demi kebaikan generasi masa hadapan serta alam sekitar.
Marilah kita bersama-sama mengamalkan amalan pengasingan sisa pepejal dan 3R di Pejabat JUPEM Johor!
Marilah kita bersama-sama mengamalkan amalan pengasingan sisa pepejal dan 3R di Pejabat JUPEM Johor!
Wednesday, August 2, 2017
Program Kesedaran dan Pembudayakan Amalan EKSA Zon Pulau Aur
Program Kesedaran dan Pembudayakan Amalan EKSA Zon Pulau Aur telah dilancarkan oleh Ketua Zon Pulau Aur, Sr Abdul Rahman bin Mintar.
Program ini adalah untuk memberi kesedaran dan membudayakan amalan EKSA bagi melahirkan idea, kreativiti dan inovasi dalam Amalan EKSA di Zon Pulau Aur.
Subscribe to:
Posts (Atom)