Wednesday, May 24, 2017

Majlis Tahlil Zon Pulau Aur

Majlis tahlil dan doa selamat telah berlangsung di Zon Pulau Aur semalam sempena meraikan bulan Ramadan Al Karem yang akan menjelang tiba.











Sistem Pengurusan Audit Nilai (SPAN)

Apa itu Sistem Pengurusan Audit Nilai (SPAN)


Untuk menyahut seruan kerajaan mencapai Wawasan 2020, perkhidmatan awam sebagai sebahagian daripada masyarakat Malaysia bertekad untuk memenuhi cabaran keempat iaitu "membentuk sebuah masyarakat yang kukuh ciri-ciri moral dan etikanya, dengan para warganya mempunyai nilai keagamaan dan kerohanian yang utuh, dan ditunjangi oleh budi pekerti yang luhur". Atas sebab tersebut, sistem pengurusan audit nilai ini mengambil cabaran ini sebagai visi yang akan dicapai oleh perkhidmatan awam secara amnya dan pegawai kerajaan secara khususnya.

Selaras dengan visi yang telah ditetapkan, sistem pengurusan audit nilai ini mempunyai misi-misi tertentu yang perlu dilaksanakan iaitu:
  1. Membantu agensi kerajaan melaksanakan sistem pengurusan audit nilai;
  2. Menilai keberkesanan amalan nilai teras menerusi program-program nilai serta pelaksanaan PKPA dan lain-lain peraturan pentadbiran; dan
  3. Ke arah pemantapan keutuhan sistem pengurusan pentadbiran Kerajaan Malaysia.

Tuesday, May 23, 2017

Program Amal Ramadhan

Program Amal Ramadhan PUSPANITA JUPEM Johor dengan kerjasama Kelab Sukan dan Kebajikan JUPEM Johor.


Monday, May 15, 2017

Audit Dalaman EKSA JUPEM Johor Bil. 3/2017

Sekitar Audit Dalaman EKSA JUPEM Johor Bil. 3/2017 di Zon Pulau Aur.



Sunday, May 14, 2017

Tuesday, May 9, 2017

Poster Hari Aktiviti EKSA Zon Pulau Aur

Nota:-
Sila klik pada gambar untuk paparan yang lebih jelas. Terima kasih.

Bengkel pengemaskinian dokumentasi dan blog EKSA JUPEM Johor

Pada 09 Mei 2017, satu bengkel pengemaskinian dokumentasi dan blog EKSA JUPEM Johor telah dibuat di Bilik Mesyuarat Tanjung Puteri, Wisma Persekutuan, Johor Bahru.

Bengkel ini dianjurkan bersama oleh Jawatankuasa Induk dan juga Jawatankuasa Promosi EKSA JUPEM Johor.

Tujuan bengkel ini diadakan adalah untuk menyelaraskan semula dokumentasi dan blog EKSA bagi membantu semua Zon EKSA dan Jawatankuasa yang berkaitan dalam membuat persiapan dalam Audit Dalaman Bil. 3/2017 yang akan berlangsung pada 14-16 Mei 2017.










Monday, May 8, 2017

Kursus Parenting @ Work

Kursus Parenting @ Work yang telah diadakan pada 8 Mei 2017 bertempat di Dewan Besar LPPKN, Johor Bahru dihadiri oleh:- 
  1. Encik Azhar bin Khir
  2. Puan Hiew Woon Siew
  3. Puan Ng Kim Neo
  4. Puan Aininoraslinda binti Sarif
  5. Puan Siti Norasiah binti Abd Rahman






Tahniah

Tahniah kepada Zon Pulau Aur kerana berjaya mengekalkan prestasi dalam Audit Dalaman EKSA JUPEM Johor pada kali ini.

Keputusan Audit Dalaman EKSA Bil. 2/2017 telah diluluskan pada 19 April 2017 oleh Ketua Jawatankuasa Audit, Puan Nazliah binti Chikon.

Zon Pulau Aur berjaya mengekalkan TEMPAT PERTAMA dengan markah keseluruhan 92.21%.


Ketua Zon Pulau Aur, Sr Abdul Rahman bin Mintar mengucapkan terima kasih atas kerjasama semua ahli di Zon Pulau Aur dalam menjayakan Audit Dalaman EKSA Bil. 2/2017 yang lalu.

Prestasi ini diharapkan dapat dikekalkan dalam menghadapi Audit Dalaman EKSA JUPEM Johor Bil. 3/2017 yang dijangka akan berlangsung pada 14-16 Mei 2017.

Sunday, May 7, 2017

Poster Perkongsian EKSA JUPEM Johor Siri 5/2017

Promo Siri Bil. 5/2017


Penjimatan Air merupakan TANGGUNGJAWAB kita bersama. Kita seharusnya:
  • Mengawal penggunaan air dan sentiasa berjimat cermat; 
  • Memastikan paip air ditutup rapat setelah digunakan; 
  • Menggunakan 'flush' sekiranya perlu sahaja; dan
  • Memaklumkan pihak berkenaan dengan segera jika terdapat kerosakan atau kebocoran.

Thursday, May 4, 2017

Hari Aktiviti EKSA Zon Pulau Aur Bil. 8/2017

Hari Aktiviti EKSA Zon Pulau Aur Bil. 8/2017 kali ini adalah menumpukan kepada susulan daripada penemuan Audit Bil. 2/2017 yang telah diluluskan pada 19 April 2017 yang lalu.

Sekitar Hari Aktiviti EKSA Zon Pulau Aur.








Mesyuarat Zon Pulau Aur Bil. 3/2017

Mesyuarat Zon Pulau Aur Bil. 3/2017 yang dipengerusikan oleh Ketua Zon Pulau Aur, Sr Abdul Rahman bin Mintar telah diadakan pada 4 Mei 2017 bertempat di Ruang Mesyuarat bagi membincangkan susulan daripada penemuan Audit Bil. 2/2017 yang telah diluluskan pada 19 April 2017 yang lalu.

Antara agenda yang dibincangkan adalah Hari Aktiviti EKSA Bil. 8/2017 yang akan menumpukan kepada perkara-perkara yang telah dinilai oleh Juruaudit yang lalu:-
  1. Kumpulan akan dipecahkan kepada dua bahagian iaitu di persekitaran pejabat dan juga di bilik kebal. Bilik kebal akan diketuai oleh Encik Zulkarnain bin Mohd Salleh.
  2. Mengemaskan gulungan-gulungan wayar di ruang kerja masing-masing.
  3. Pelabelan lampu dibetulkan seperti teguran audit.
  4. Meminimakan laci peribadi di ruang kerja.
Selain itu juga, sebarang kerosakan yang memerlukan peruntukkan atau perbelanjaan perlu ditangguhkan kerana kengkangan bajet.






Bagi pendawaian lampu yang akan diletakkan berhampiran thumb-print, Pihak Pengurusan Bangunan Ambang Wira bersetuju untuk membantu dari segi pendawaian elektrik, namun begitu lampu perlu dibeli oleh zon. Mesyuarat sebulat suara BERSETUJU.

Mesyuarat juga memutuskan untuk mengutip tambahan kutipan tabung EKSA sebanyak RM 10.00 bagi menampung kos-kos aktiviti EKSA di Zon Pulau Aur. Mesyuarat sebulat suara BERSETUJU.

Mesyuarat Zon Pulau Aur Bil. 3/2017 telah ditangguhkan pada jam 10.00 pagi.

Wednesday, May 3, 2017

Poster Hari Aktiviti EKSA Zon Pulau Aur

Nota:-
Sila klik pada gambar untuk paparan yang lebih jelas. Terima kasih.


Poster Mesyuarat Zon Pulau Aur Bil. 3/2017

Nota:-
Sila klik pada gambar untuk paparan yang lebih jelas. Terima kasih.