Tuesday, January 24, 2017

Audit Dalaman EKSA JUPEM Johor Bil. 1/2017

Audit Dalaman EKSA JUPEM Johor yang diketuai oleh Encik Rosman bin Yem telah berlangsung pada 23 Januari 2017.

Pasukan Audit EKSA JUPEM Johor telah disambut oleh Timbalan Ketua Zon Pulau Aur, Puan Ng Kim Neo dan Setiausaha Zon Pulau Aur, Puan Ida Kamilia Mudzakir.

Audit dimulakan dengan menyemak papan kenyataan Zon Pulau Aur yang mengandungi logo, carta perbatuan, carta organisasi induk dan zon, aktiviti dan gambar serta info-info terbaru dan juga sudut Go Green Zon Pulau Aur.


























Sunday, January 22, 2017

Amalan Hijau Zon Pulau Aur

Apakah maksud Go Green.


"Go Green" adalah satu bentuk kempen kesedaran kepada setiap orang yang bertujuan untuk memelihara dan melindungi bumi daripada bahaya "Global Warning" atau Pemanasan Rumah Hijau yang semakin hari semakin membimbangkan kesan daripada perbuatan dan tindakan manusia yang tidak terkawal.

Tips Pelaksanaan Go Green di pejabat
  1. Padamkan lampu jika anda tidak akan berada di tempat anda untuk lebih dari 15 minit.
  2. Gunakan mentol yang berkuasa rendah. Ini akan menjimatkan kegunaan tenaga bagi pejabat anda.
  3. Padamkan komputer anda jika anda tiada di tempat anda untuk lebih dari satu jam.
  4. Jika pejabat anda mempunyai sistem penghawa dingin berpusat, usahakan agar ia ditutup apabila didapati sebahagian besar daripada para pekerja tidak berada di dalam pejabat.
Aktiviti Go Green di Zon Pulau Aur


Sudut Go Green Zon Pulau Aur



Menggunakan fail keras yang terpakai


Kertas pelan yang terpakai digunakan di dalam fail Zon Pulau Aur


Carta Pergerakan Pegawai


Kad Peminjaman di Bilik Kebal


Pelabelan dengan kertas terpakai

Audit Dalaman EKSA Bil. 1/2017

Nota:-
Sila klik pada gambar untuk paparan yang lebih jelas. Terima kasih.


Friday, January 20, 2017

Hari Aktiviti EKSA Zon Pulau Aur

Hari Aktiviti EKSA Zon Pulau Aur telah berlangsung pada 19 Januari 2017. Antara objektif Hari EKSA kali ini adalah untuk menghadapi Audit Dalaman EKSA JUPEM Johor Bil. 1/2017 yang akan berlangsung pada 23 Januari 2017.

Sekitar Hari Aktiviti EKSA Zon Pulau Aur.










Wednesday, January 18, 2017

Program penyerahan gegantung EKSA JUPEM Johor

Penyerahan gegantung (bunting) oleh wakil Jawatankuasa Promosi EKSA JUPEM Johor kepada Ketua Zon Pulau Aur, Sr Abdul Rahman bin Mintar.


Sesi Taklimat Pengenalan kepada blog EKSA JUPEM Johor

Sesi Taklimat Pengenalan kepada blog EKSA JUPEM Johor telah berlangsung pada 17 Januari 2017 (Selasa) bertempat di Bilik Mesyuarat Tanjung Puteri, Tingkat 9, Wisma Persekutuan, Johor Bahru.

Program ini bertujuan untuk memberi pengetahuan asas tentang blog, cara membuat blog, (domain, hosting, design layout, posting article, edit, upload gambar, video dan lain-lain lagi) serta teknik asas blogging kepada setiap Zon/Jawatankuasa.

Zon Pulau Aur telah menghantar dua wakil ke sesi Taklimat Pengenalan kepada Blog EKSA JUPEM Johor iaitu:-
  1. Encik Muhammad Hafiz bin Mazlan 
  2. Encik Norkhizaimi bin Jusof













Sesi taklimat ini telah diketuai oleh Jawatankuasa Promosi JUPEM Johor dan bekerjasama dengan Jawatankuasa Latihan JUPEM Johor.