Thursday, August 25, 2016

Lawatan Penanda Aras ke Jabatan Akauntan Negara Malaysia

Seramai 20 orang pegawai Jabatan Ukur dan Pemetaan Negeri Johor telah membuat lawatan Penanda Aras ke Jabatan Akauntan Negara Malaysia di Menara Tabung Haji pada 25 Ogos 2016. Lawatan ini telah diketuai oleh Encik Fahmi Azhari selaku Ketua Jawatankuasa Latihan EKSA JUPEM Johor.

Turut hadir pada lawatan kali ini adalah Ketua Zon Pulau Aur, Sr Abdul Rahman bin Mintar, Ketua Zon Pulau Dayang, Sr Muhammad Sufi bin Safie. Ahli rombongan tiba seawal jam 9.00 pagi dan telah disambut mesra oleh semua pegawai dan kakitangan JANM.

Taklimat Pengenalan tentang EKSA telah berlangsung di Bilik Mesyuarat Utama, Tingkat 8, Menara Tabung Haji. Lawatan ini turut dihadiri oleh Pengarah JANM Negeri Johor Encik Sadikin Bin Aton dan juga fasilitator EKSA.

Lawatan diteruskan dengan melawat keempat-empat zon EKSA JANM Negeri Johor iaitu Zon Helianthus, Zon Bellis, Zon Tulipa dan Zon Ixora.

Lawatan penanda aras ini berakhir pada pukul 2.00 petang. Program lawatan ini bertujuan untuk meninjau dan melihat sendiri bagaimana Amalan EKSA diamalkan sebagai persediaan bagi pelaksanaan EKSA di JUPEM Johor.