Thursday, April 6, 2017

Pelan Tindakan Kebakaran, laluan kecemasan dan pemadam api

Laluan kecemasan api dan pemadam api di Zon Pulau Aur.


Selain itu juga, Pelan Tindakan Menghadapi Kebakaran juga diletakkan dibeberapa sudut yang strategik dan cara menggunakan alat pemadam api (PASS).

Sebanyak 20 alat pemadam api diletakkan di Zon Pulau Aur (seluruh tingkat 8).




Person in charge (PIC) Puan Norliza binti Ab Wahab akan memastikan tarikh luput alat pemadam api dan juga rekod penyelenggaraan dilakukan oleh pihak-pihak yang berkaitan.

Hari Aktiviti EKSA Zon Pulau Aur Bil. 6/2017

Selaras dengan keputusan Mesyuarat Zon Pulau Aur Bil. 2/2017, Hari Aktiviti EKSA menekankan aspek tentang perkara-perkara yang telah dititikberatkan oleh Ketua Zon Pulau Aur, Sr Abdul Rahman bin Mintar.

Sekitar Hari Aktiviti EKSA Zon Pulau Aur Bil. 6/2017.










Mesyuarat Zon Pulau Aur Bil. 2/2017

Mesyuarat kali ini adalah bagi menghadapi Audit Dalaman Bil. 2/2017 yang akan berlangsung pada 10-12 April 2017.

Mesyuarat Zon Pulau Aur Bil. 2/2017 telah dipengerusikan oleh Sr. Abdul Rahman bin Mintar selaku Ketua Zon Pulau Aur.




Antara perkara-perkara yang ditekankan oleh beliau ialah untuk Hari Aktiviti EKSA Zon Pulau Aur kali ini adalah:
  1. Laci peribadi
  2. Pencarian fail
  3. Person in charge (PIC).
  4. Etika pematuhan pakaian.
  5. Kemasan habuk terutama di meja-meja kosong, kabinet dan juga perhiasan.
  6. Aksesori minima di ruang kerja.
Selain itu juga, beliau menekankan untuk menarik perhatian tentang arahan-arahan keselamatan dan juga arahan-arahan penjimatan yang telah dilaksanakan di JUPEM Johor.

Mesyuarat Zon Pulau Aur diakhiri dengan pemberian tuala kepada Timbalan Ketua Zon Pulau Aur, Puan Ng Kim Neo sebagai simbolik Hari Aktiviti EKSA Zon Pulau Aur Bil. 6/2017 telah dimulakan.




Mesyuarat Zon Pulau Aur telah ditangguhkan jam 9.30 pagi.

Arahan Pematuhan Buku Panduan Pelaksanaan EKSA JUPEM Johor

Susulan dengan keputusan Mesyuarat Zon Pulau Aur Bil. 2/2017, setiap skrin komputer di Zon Pulau Aur perlu mematuhi Arahan Pematuhan untuk membuat satu folder khas yang diletakkan di sebelah penjuru kanan dibahagian atas dengan tajuk "Buku Panduan Pelaksanaan EKSA".



Folder tersebut perlu mengandungi:-
  1. Muka hadapan (cover) buku EKSA JUPEM Johor.
  2. Buku Panduan EKSA JUPEM Johor.

Wednesday, April 5, 2017

Pegawai yang diamanahkan dengan kunci Zon Pulau Aur.

Selaras dengan kewajipan ke atas Pematuhan Terhadap Arahan Keselamatan, semua pegawai dan kakitangan diminta untuk mengambil langkah sewajarnya dalam mengawasi keselamatan ruang kerja secara bersama. Sehubungan dengan itu, nama Pegawai yang bertanggungjawab telah dilantik dalam urusan membuka dan mengunci pejabat pada hari-hari bekerja.


Pegawai dan kakitangan yang menguci pejabat di waktu petang atau pegawai terakhir yang meninggalkan pejabat perlu menandatangani borang Laporan Keselamatan yang diletakkan di hadapan bilik Ketua Cawangan Pelarasan Data Geospatial (CPDG).

Sekiranya tiada pegawai yang bertugas tidak dapat hadir pada sesuatu hari bekerja, ia haruslah memaklumkan kepada Ketua Cawangan masing-masing terlebih dahulu.