Sunday, March 5, 2017

Hari Aktiviti EKSA Zon Pulau Aur Bil. 3/2017

Hari Aktiviti EKSA Zon Pulau Aur telah berlangsung pada 23 Februari 2017. Antara agenda Hari Aktiviti EKSA Zon Pulau Aur ialah:-
  1. Melaksanakan penambahbaikan sebagaimana teguran Audit Bil. 1/2017 dan menyediakan Laporan Tindakan Pembetulan.
  2. Mengumumkan nama pemenang Amalan Hijau: Bekas Tempat Pensil
  3. Jamuan perpisahan pegawai Puan Zaiton binti A. Wahab yang akan berpindah ke unit HMT.
Ahli zon Pulau Aur bergotong-royong dalam memastikan penambahbaikan dan teguran Audit telah dibuat dan direkodkan.

Kemudian, acara penyampaian hadiah kepada 17 orang ahli Zon Pulau Aur yang telah mengambil bahagian dalam Amalan Hijau: Bekas Tempat Pensil.





Senarai Pemenang Amalan Hijau: Bekas Tempat Pensil adalah seperti berikut:-
Tempat Pertama: Puan Azimah binti Md. Filus


Tempat Kedua: Encik Mazlan bin Md Nor


Tempat Ketiga: Puan Norliza binti Ab Wahab.


Acara diteruskan dengan sedikit jamuan bagi meraikan Puan Zaiton binti A Wahab yang akan berpindah ke Seksyen Hakmilik Tanah bermula 1 Mac 2017. Ahli Zon Pulau Aur mengucapkan selamat maju jaya kepada beliau.

 





No comments:

Post a Comment