Thursday, May 31, 2018

Poster perkongsian EKSA JUPEM Johor Siri 2/2018

Poster perkongsian EKSA JUPEM Johor Siri 2/2018 dari Jawatankuasa Promosi EKSA JUPEM Johor.

Poster ini menyentuh tentang kerajaan telah mewajibkan pengasingan sisa pepejal mulai 1 September 2015. Pelaksanaan perkara ini berdasarkan Peraturan dibawah Akta Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam 2007 (Akta 672).

Peraturan ini adalah sebahagian dari usaha kerajaan untuk meningkatkan kadar kitar semula yang juga akan mengurangkan penghantaran sisa pepejal ke tapak pelupusan sedia ada yang semakin kekurangan ruang.


Nota:-
Sila klik pada gambar untuk paparan yang lebih jelas.

Wednesday, May 30, 2018

Poster Hari Aktiviti EKSA Zon Pulau Aur

Nota:-
Sila klik pada gambar untuk paparan yang lebih jelas. Terima kasih.


Monday, May 28, 2018

Majlis Penyerahan Sumbangan Program Amal Ramadan

Jabatan Ukur dan Pemetaan Negeri Johor dengan kerjasama PUSPANITA JUPEM Johor dan Kelab Sukan dan Kebajikan Ukur Johor (KSKJUJH) telah mengadakan Majlis Penyerahan Sumbangan Program Amal Ramadan pada 28 Mei yang lalu.

Program ini merupakan acara tahunan bagi berkongsi rezeki dengan mereka yang memerlukan. Sumbangan adalah berbentuk wang tunai dan juga keperluan asas yang lain.

Sumbangan ini telah diserahkan oleh Pengarah Ukur dan Pemetaan Negeri Johor, Sr Tuan Haji Ramli bin Nor.




Ucapan kata-kata aluan dari Pengarah Ukur dan Pemetaan Negeri Johor, Sr Tuan Haji Ramli bin Nor.









Ucapan terima kasih dari wakil penerima sumbangan.

Monday, May 14, 2018

Audit Pemantauan JUPEM Johor

Satu Audit Pemantauan telah dilakukan oleh Jawatankuasa Audit JUPEM Johor pada 14 Mei 2018 yang lalu.

Audit Pemantauan kali ini turut dihadiri oleh Jawatankuasa Latihan dan Jawatankuasa Promosi JUPEM Johor.

Pasukan juruaudit yang diketuai oleh Encik Rohidi Mohamad telah disambut oleh Timbalan Ketua Zon Pulau Aur, Puan Ng Kim Neo dan diiringi oleh ahli jawatankuasa zon yang lain.








Monday, May 7, 2018

Poster Audit Pemantauan EKSA

Nota:-
Sila klik pada gambar untuk paparan yang lebih jelas. Terima kasih.