Thursday, March 29, 2018

Menjual kotak terpakai

Hari Aktiviti EKSA telah berlangsung pada 29 Mac 2018 bermula jam 9.00 pagi.

Aktiviti kali ini adalah menumpukan aktiviti proses jual beli barangan terpakai yang telah berjaya dikumpul di Zon Pulau Aur.

Program ini telah diketuai oleh Encik Burhanuddin bin Abu Samah.

Banyak kotak-kotak komputer telah dikumpul selaras dengan Pelaksanaan UAT bagi Tender T1/2017 yang telah dijalankan di JUPEM Johor pada 19 Mac 2018 hingga 5 April 2018.

Jumlah jualan barangan terpakai ini adalah sebanyak RM 42.00.



Wednesday, March 21, 2018

Poster Hari Aktiviti EKSA Zon Pulau Aur Bil. 6/2018

Nota:-
Sila klik pada gambar untuk paparan yang lebih jelas. Terima kasih.


Monday, March 19, 2018

Pelaksanaan UAT bagi Tender T1/2017

Pelaksanaan UAT bagi Tender T1/2017 telah berlangsung pada 19 Mac 2018 sehingga 5 April 2018.

Pelaksanaan UAT kali ini adalah melibatkan proses migrasi aplikasi system 32-bit kepada 64-bit dan bukan untuk modul.



Wednesday, March 14, 2018

Program Majlis Ukur bersama Rakyat (UBeR)

Satu program Majlis Ukur bersama Rakyat (UBeR) akan berlangsung di Dataran Tangkak, Muar, Johor Bahru pada 15 dan 16 Mac 2018.

Pelbagai acara menarik disediakan disana.



Thursday, March 8, 2018

Kursus Panduan Pelaksanaan EKSA di EPSA

Susulan dari Mesyuarat EKSA Zon Pulau Aur Bil. 1/2018 yang telah berlangsung pada 01 Mac 2018, mesyuarat sebulat suara bersetuju untuk mewajibkan ahli Zon Pulau Aur untuk menamatkan kursus Panduan Pelaksaan Ekosistem Kondusif Sektor Awam (EKSA) di e-Pembelajaran Sektor Awam (EPSA) di Massice Open Online Courses (MOOCs) Jabatan Perdana Menteri.

Kursus ini juga adalah sebahagian dari memenuhi pematuhan empat hari berkursus setahun yang telah dipersetujui dalam Mesyuarat Jawatankuasa Dasar Latihan NRE Tahun 2017.