Thursday, January 18, 2018

Pertandingan rekabentuk cenderamata dari barang terpakai

Satu pertandingan rekabentuk cenderamata dari barang terpakai telah diadakan di Zon Pulau Aur.

Pertandingan ini telah diadili oleh Ketua Zon Pulau Aur, Sr Abdul Rahman bin Mintar. Beliau mengucapkan terima kasih kepada semua ahli zon yang bertungkus-lumus dalam menjayakan pertandingan kali ini.




Pertandingan dimulakan dengan setiap kumpulan memberi sedikit penerangan cenderamata yang dihasilkan.


Kumpulan Satu,


Kumpulan Dua,


Kumpulan Tiga,


Setelah diadili dan keputusan muktamad telah diambil,

Senarai pemenang bagi Pertandingan Rekabentuk Cenderamata dari barang terpakai adalah:-

Tempat PERTAMA : Kumpulan Dua
Tempat KEDUA: Kumpulan Satu
Tempat KETIGA: Kumpulan Tiga

Hadiah telah disampaikan oleh Ketua Zon Pulau Aur, Sr Abdul Rahman bin Mintar kepada semua pemenang.




Majlis diakhiri dengan gambar kenang-kenangan.



Objektif pertandingan bagi merapatkan silaturrahim serta merapatkan kerjasama antara ahli tercapai.


Wednesday, January 17, 2018

Poster Hari Aktiviti EKSA Zon Pulau Aur Bil. 2/2018

Nota:-
Sila klik pada gambar untuk paparan yang lebih jelas. Terima kasih.


Majlis Perpisahan Encik Abdul Rahman bin Mintar

Satu majlis perpisahan untuk Encik Abdul Rahman bin Mintar telah berlangsung pada 17 Januari 2018 bertempat di Grand Paragon Hotel Johor Bahru.

Encik Rahman bin Mintar akan bertukar ke JUPEM KL berkuatkuasa 5 Februari 2018.
















Tuesday, January 16, 2018

Bengkel Pemantapan dan Pengemaskinian Dokumentasi dan Blog EKSA JUPEM Johor

Bengkel Pemantapan dan Pengemaskinian Dokumentasi dan Blog EKSA JUPEM Johor telah diadakan pada 16 Januari 2017 bertempat di Bilik Mesyuarat Tanjung Puteri, JUPEM Johor.

Objektif bengkel ini adalah bagi melaraskan dan menyeragamkan dokumentasi dan blog untuk zon masing-masing.

Zon Pulau Aur telah mencalonkan dan menghantar dua orang peserta iaitu Encik Muhammad Hafiz bin Mazlan dan Encik Norkhizaimi bin Jusoh.

Taklimat dan menyelaraskan penyediaan dokumentasi EKSA JUPEM Johor telah disampaikan oleh Puan Junidah binti Abu Bakar selaku Setiausaha Induk EKSA JUPEM Johor manakala taklimat dan penyelarasan blog EKSA JUPEM Johor telah disampaikan oleh Puan Ida Kamilia binti Mudzakir.



 








Sunday, January 14, 2018

Program mengedarkan risalah Amalan Hijau 3R

Program mengedarkan risalah Amalan Hijau telah berlangsung pada 14 Januari 2018 dengan tajuk "Amalan 3R Budaya Kita".

Sumber poster adalah dari Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal Dan Pembersihan Awam (PSSPPA).

Objektif program ini adalah bagi:-
  • Berhemah dalam penggunaan alat tulis.
  • Mencetak atau membuat salinan hanya jika perlu.
  • Mencetak atau membuat salinan di kedua-dua belah mukasurat bagi dokumen formal.
  • Menggunakan semula kertas terpakai semasa mencetak dokumen tidak formal (salinan draf).
  • Menggunakan semula sampul surat dan fail yang telah digunakan.
  • Fikir dulu sebelum buang.
  • Menggunakan tong kitar semula yang betul.
Risalah ini telah diedarkan oleh Timbalan Ketua Zon Pulau Aur, Puan Ng Kim Neo kepada ahli-ahli bagi menerapkan amalan 3R di kalangan ahli Zon Pulau Aur supaya dapat mengurangkan penjanaan sisa pepejal dan seterusnya mengelakkan bahan kitar semula dilupuskan di tapak pelupusan.