Wednesday, December 6, 2017

Selamat bersara Tuan Haji Zainal Abidin bin Hassan

Selamat bersara kami ucapkan kepada Tuan Haji Zainal Abidin bin Hassan yang bersara wajib pada 6 Disember 2017.

Kami di Zon Pulau Aur mendoakan agar beliau dilimpahi dengan kesihatan yang baik, dipanjangkan umur dan selamat maju jaya.




Thursday, November 30, 2017

Hari Aktiviti EKSA

Susulan dari memo dari Jawatankuasa Induk EKSA JUPEM Johor berkaitan Hari Aktiviti EKSA.

Hari Aktiviti EKSA Zon Pulau Aur dimulakan dengan perbincangan dari Ketua Zon Pulau Aur, Sr Abdul Rahman bin Mintar kepada semua ahli.

Perbincangan kali ini adalah menyentuh tentang tugasan yang perlu dibuat dan juga Hari Sukan yang akan berlangsung pada 13 dan 14 Disember 2017. Antara sukan yang dipertandingkan adalah congkak, dart dan karom.

Pertandingan ini akan diketuai oleh Puan Junidah binti Abu Bakar.




Kemudian, Hari Aktiviti EKSA diteruskan dengan menyusun atur bilik Iskandar Puteri.



Monday, November 27, 2017

Poster Hari Aktiviti EKSA Bil. 13/2017

Nota:-
Sila klik pada gambar untuk paparan yang lebih jelas. Terima kasih.


Thursday, November 16, 2017

Hari Aktiviti EKSA Zon Pulau Aur Bil.12/2017

Hari Aktiviti EKSA Zon Pulau Aur Bil.12/2017 kali ini menekankan persekitaran ruang pejabat dan persekitaran pejabat.




KEWPA7 (Senarai aset alih) dan tag nama

Aktiviti amalan hijau Zon Pulau Aur KEWPA7 (Senarai aset alih) dan tag nama.

Ahli-ahli Zon Pulau Aur bersetuju untuk menggantikan penanda nama dengan menggunakan barangan terpakai iaitu kotak komputer yang sudah tidak digunakan.

Ini juga merupakan satu aktiviti penyeragaman Zon Pulau Aur.

 

Sebelum

Selepas