Sunday, October 22, 2017

Info Psikologi | Kejayaan Bermula Disini

Sumber dari email dari HelpDesk PSM, Bahagian Pengurusan Sumber Manusia, NRE.

Kejayaan segalanya bermula disini.
  1. Menetapkan impian kerana setiap dari diri kita mempunyai impian.
  2. Tanpa perancangan, impian hanya cuma mimpi.
  3. Memulakan dengan apa yang ada pada kita sekarang.
  4. Usaha tanpa jemu dan fokus serta menjaga sikap.
  5. Jangan tangguhkan keseronokan kerana ia membawa kebahagiaan (sesekali berseronoklah dengan kejayaan yang dicapai).
  6. Berani memimpin diri sendiri.
  7. Rahsia kejayaan = Kerja Keras
  8. Mengambil peluang pada masa yang tepat.
  9. Meletak nilai bukan hanya pada wang tetapi sumber.
  10. Tuhan ada dimana-mana, terus berusaha, berdoa dan bertawakal.
Nota:- Sila klik pada gambar untuk paparan yang lebih jelas.

Sunday, October 15, 2017

Majlis Makan Malam PUSPANITA JUPEM Johor

Majlis Makan Malam PUSPANITA yang dianjurkan oleh PUSPANITA JUPEM Johor telah diadakan pada 15 Oktober 2017 bertempat di Hotel M Suites, Johor Bahru.

Majlis ini telah dihadiri oleh Penasihat PUSPANITA JUPEM Johor, Sr Tuan Haji Ramli bin Nor, diiringi oleh Pengerusi PUSPANITA JUPEM Johor.

Pegawai-pegawai kanan JUPEM Johor turut hadir.


 







Wednesday, October 4, 2017

Hari Semakan Buku Perkhidmatan

Jabatan Ukur dan Pemetaan Negeri Johor akan mengadakan Hari Semakan Buku Perkhidmatan bagi semua pegawai dan kakitangan Ibu Pejabat JUPEM Johor.

Program ini akan berlangsung pada 10 dan 11 Oktober 2017 bermula dari jam 9.00 pagi hingga 4.30 petang bertempat di Bilik Mesyuarat Tanjung Puteri, Johor Bahru.

Nota:-
Sila klik pada gambar untuk paparan yang lebih jelas. Terima kasih.

Inspektorat Pematuhan Keselamatan Perlindungan

Inspektorat Pematuhan Keselamatan Perlindungan JUPEM Johor akan berlangsung pada hari ini bermula jam 10.00 pagi sehingga 5.00 petang daripada Pejabat Ketua Pegawai Keselamatan Kerajaan Malaysia Negeri Johor (CGSO).

Tujuan Inspektorat Pematuhan Keselamatan Perlindungan JUPEM adalah untuk membantu dalam meningkatkan keselamatan fizikal, keselamatan dokumen, keselamatan peribadi dan keselamatan ICT serta memberi khidmat nasihat dan syor-syor yang berkaitan.

Tuesday, September 26, 2017

Majlis Persaraan dan Pertukaran Pegawai

Satu majlis meraikan bakal pesara, Encik Zainal Abidin bin Hassan dan juga pertukaran pegawai ke Seksyen Pelan Berdigit, Puan Khairul Jihan binti Mohd Fadzillah telah berlangsung di New York Hotel, Johor Bahru.

Majlis yang turut dihadiri oleh Timbalan Pengarah Ukur (Pengurusan), Sr Pauzzi bin Ismail, Juruukur Daerah Selatan, Sr Ahmad Nazlie bin Abdullah dan diiringi Penolong Pengarah Ukur Seksyen NDCDB, Sr Abdul Rahman bin Mintar.

Majlis dimulakan dengan ucapan dari Encik Zainal Abidin bin Hassan dan juga Puan Khairul Jihan binti Md Fazilah

Encik Zainal Abidin bin Hassan akan bersara wajib pada bulan Disember manakala Puan Khairul Jihan telah bertukar ke Seksyen Pelan Berdigit bermula 1 September 2017.

Kemudian, sesi penyerahan cenderahati oleh Timbalan Pengarah Ukur (Pengurusan), Sr Pauzzi bin Ismail kepada pegawai yang diraikan.