Tuesday, September 26, 2017

Majlis Persaraan dan Pertukaran Pegawai

Satu majlis meraikan bakal pesara, Encik Zainal Abidin bin Hassan dan juga pertukaran pegawai ke Seksyen Pelan Berdigit, Puan Khairul Jihan binti Mohd Fadzillah telah berlangsung di New York Hotel, Johor Bahru.

Majlis yang turut dihadiri oleh Timbalan Pengarah Ukur (Pengurusan), Sr Pauzzi bin Ismail, Juruukur Daerah Selatan, Sr Ahmad Nazlie bin Abdullah dan diiringi Penolong Pengarah Ukur Seksyen NDCDB, Sr Abdul Rahman bin Mintar.

Majlis dimulakan dengan ucapan dari Encik Zainal Abidin bin Hassan dan juga Puan Khairul Jihan binti Md Fazilah

Encik Zainal Abidin bin Hassan akan bersara wajib pada bulan Disember manakala Puan Khairul Jihan telah bertukar ke Seksyen Pelan Berdigit bermula 1 September 2017.

Kemudian, sesi penyerahan cenderahati oleh Timbalan Pengarah Ukur (Pengurusan), Sr Pauzzi bin Ismail kepada pegawai yang diraikan.


Sunday, September 10, 2017

Latihan dalam perkhidmatan - Pematuhan Empat Hari Berkursus

Sumber email adalah dari Seksyen Pembangunan Kompetensi, Bahagian Perancangan dan Korporat.

Latihan dalam perkhidmatan iaitu Pematuhan (4) empat hari berkursus.


Friday, August 18, 2017

Selamat Hari Kemerdekaan yang ke-60

Selamat Hari Kemerdekaan yang ke-60!


Malaysia #SehatiSejiwa

Wednesday, August 16, 2017

Sesi perkongsian ilmu Pelarasan Ganda Dua Terdikit

Sesi perkongsian ilmu Pelarasan Ganda Dua Terdikit (Least Square Adjustment) telah berlangsung hari ini di Ruang Mesyuarat Tingkat 8, JUPEM Johor

Perkongsian ini antara unit Cawangan Pelarasan Data Geospatial dan Cawangan Semakan Kualiti bersama-sama dengan Encik Norshahrizan Mohd Hashim dari Universiti Teknologi Malaysia.

Turut hadir ke sesi perkongsian ilmu ini ialah Penolong Pengarah Ukur Seksyen NDCDB, Sr Abdul Rahman bin Mintar dan Jurukur Daerah Johor Bahru, Sr Ahmad Nazlie bin Muhamad.





  


Tuesday, August 15, 2017

Taklimat Anti Dadah dan Ujian Saringan Air Kencing

Satu taklimat anti dadah dan ujian saringan air kencing telah berlangsung di JUPEM Johor.

Taklimat ini merupakan anjuran bersama Agensi Dadah Kebangsaan Negeri Johor (AADK).