Wednesday, March 14, 2018

Program Majlis Ukur bersama Rakyat (UBeR)

Satu program Majlis Ukur bersama Rakyat (UBeR) akan berlangsung di Dataran Tangkak, Muar, Johor Bahru pada 15 dan 16 Mac 2018.

Pelbagai acara menarik disediakan disana.



Thursday, March 8, 2018

Kursus Panduan Pelaksanaan EKSA di EPSA

Susulan dari Mesyuarat EKSA Zon Pulau Aur Bil. 1/2018 yang telah berlangsung pada 01 Mac 2018, mesyuarat sebulat suara bersetuju untuk mewajibkan ahli Zon Pulau Aur untuk menamatkan kursus Panduan Pelaksaan Ekosistem Kondusif Sektor Awam (EKSA) di e-Pembelajaran Sektor Awam (EPSA) di Massice Open Online Courses (MOOCs) Jabatan Perdana Menteri.

Kursus ini juga adalah sebahagian dari memenuhi pematuhan empat hari berkursus setahun yang telah dipersetujui dalam Mesyuarat Jawatankuasa Dasar Latihan NRE Tahun 2017.



Sunday, March 4, 2018

Poster Hari Aktiviti EKSA Zon Pulau Aur Bil. 5/2018

Nota:-
Sila klik pada gambar untuk paparan yang lebih jelas. Terima kasih.


Thursday, March 1, 2018

Buku catatan hasil jualan Go Green

Projek kitar semula kali ini adalah menyiapkan sampul buku dengan menggunakan sampul surat terpakai. 

Buku ini digunakan bagi merekod catatan penjualan hasil jualan Go Green yang telah dibuat oleh Zon Pulau Aur.





Inilah hasil buku yang telah siap dibalut dengan menggunakan sampul surat.

Mesyuarat EKSA Zon Pulau Aur Bil. 1/2018

Mesyuarat EKSA Zon Pulau Aur kali ini dipengerusikan oleh Encik Muhamad Sufi bin Md Shafie. Kami juga turut mengalu-alukan kehadiran Penolong Pengarah Ukur (Seksyen Pelbagai) Encik Khairol Nizam bin Haron.

Mesyuarat kali ini adalah untuk membincangkan:-
  1. Calendar of event yang telah dirancang untuk sepanjang Tahun 2018.
  2. Tabung EKSA Zon Pulau Aur.
  3. Pertandingan Hari EKSA JUPEM Johor.
  4. Keselamatan Pejabat
  5. Hal-hal lain.