Projek terbaru Zon Pulau Aur adalah membuat tempat letak kad.
Tempat letak kad ini dibuat dari kalendar terpakai.
Monday, February 19, 2018
Monday, February 12, 2018
Majlis Amanat Tahun Baharu 2018 Pengarah Ukur dan Pemetaan Johor
Majlis Amanat Tahun Baharu 2018 Pengarah Ukur dan Pemetaan Johor telah berlangsung pada 12 Februari 2018 bertempat di Dewan Iskandar Puteri Johor Bahru.
Majlis ini diserikan dengan ketibaan Pengarah Ukur dan Pemetaan Negeri Johor, YBrs. Sr Ramli bin Nor.
Majlis diteruskan dengan Persembahan Montaj Imbasan JUPEM 2017 dan Amanat Tahun Baharu 2018 telah disampaikan oleh YBrs. Sr Ramli bin Nor, Pengarah Ukur dan Pemetaan Johor
Majlis Amanat Tahun Baharu 2018 diakhiri dengan Belasungkawa: Pegawai JUPEM Johor Tahun 2017 dan 2018 dan penyampaian sijil cenderahati kepada Pegawai Pesara Tahun 2018.
Sunday, February 11, 2018
Jemputan ke Majlis Amanat Tahun Baharu 2018 Pengarah Ukur dan Pemetaan Johor
Jabatan Ukur dan Pemetaan Negeri Johor akan mengadakan Majlis Amanat Tahun Baharu 2018 Pengarah Ukur dan Pemetaan Johor.
Jabatan mengalu-alukan kehadiran ke majlis tersebut.
Jabatan mengalu-alukan kehadiran ke majlis tersebut.
Friday, February 9, 2018
Beg kertas terpakai
Selain mencipta kotak memo dari barang terpakai, kami juga telah menyiapkan beg kertas (paper bag) dari sampul surat terpakai.
Tuesday, February 6, 2018
Menghasilkan kotak memo dari barang terpakai
Kali ini, Zon Pulau Aur menyediakan bekas kotak memo (memo pad holder) dari barang terpakai untuk panel penilai yang akan datang ke Zon Pulau Aur.
Kotak memo ini dihasilkan dari barang terpakai seperti sampul surat terpakai dan kadbod kalendar lama. Manakala beg kertas dihasilkan dari sampul surat terpakai.
Kotak memo ini dihasilkan dari barang terpakai seperti sampul surat terpakai dan kadbod kalendar lama. Manakala beg kertas dihasilkan dari sampul surat terpakai.
Kos membuat cenderamata kotak memo hanya berjumlah RM 2.70 bagi harga sticky notes sahaja berbanding kotak memo yang dibeli berharga RM 18.00.
Subscribe to:
Posts (Atom)

















