Wednesday, November 15, 2017

Sistem NRE*Log Latihan

Berhubung email melalui PUPN bertarikh 10 November 2017.

Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar (NRE) telah meluaskan penggunaan sistem NRE*Log Latihan kepada semua Jabatan dan Agensi di bawah NRE bagi menggantikan buku Log Latihan.

Sehubungan dengan itu, setiap kakitangan JUPEM diwajibkan merekod latihan yang telah dihadiri sepanjang tahun ke dalam sistem NRE*Log Latihan di http://nreloglatihan.nre.gov.my dengan merujuk kepada slide (sila klik DISINI) dengan menggunakan id alamat email iaitu username.

Tuesday, November 14, 2017

Poster Mesyuarat Zon Pulau Aur Bil. 5/2017

Nota:-
Sila klik pada gambar untuk paparan yang lebih jelas. Terima kasih.


Poster Hari Aktiviti EKSA Bil. 12/2017

Nota:-
Sila klik pada gambar untuk paparan yang lebih jelas. Terima kasih.


Monday, November 6, 2017

Program Sahabat Gerakan Revolusi Anti Rasuah GERAH

Sumber dari Unit Integriti JUPEM Helpdesk menerusi email bertarikh 6 November 2017

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah melancarkan Program Sahabat Gerakan Revolusi Anti Rasuah atau GERAH pada 1 Ogos 2017.

Program ini bertujuan untuk memberi peluang kepada masyarakat untuk sama-sama terlibat dengan SPRM dalam menyumbang tenaga dan buah fikiran bagi usaha pencegahan rasuah di Malaysia.

Zon Pulau Aur telah mengumpul borang penyertaan dari semua ahli sebagai tanda sokongan menjadi ahli Sahabat GERAH.


Wednesday, November 1, 2017

Tips membina kerjaya cemerlang

Tips ini dikongsikan oleh Buletin Sinergi Kaunseling Isu 02/2017 melalui email bertarikh 25.10.2017

Tips bagaimana membina kerjaya cemerlang.
  1. Bersikap optimis dan fleksible dengan melihat segala jenis perubahan sebagai cabaran dan bukannya ancaman. Sukar untuk kita berjaya jika tidak fleksible terhadap segala perubahan yang berlaku.
  2. Belajar untuk mengurus dan mengkoordinasi segala urusan dengan baik kerana ini akan banyak membantu kita dalam pekerjaan.
  3. Apabila mengenali ramai orang dalam bidang pekerjaan, maka adalah penting untuk kita selalu menunjukkan imej yang baik dengan selalu menjaga sikap dan tabiat kita. Peliharalah hubungan baik dengan rakan sekerja dan pelanggan, kerana ini sangat penting untuk kemajuan pekerjaan.
  4. Pelajari dan kuasai maklumat serta pengetahuan berkaitan teknologi. Kemajuan teknologi berkembang pesar. Jangan jadikan alasan kegagalan menyiapkan pekerjaan kita kerana tidak menguasai teknologi sebagai penyebabnya.
  5. Peka terhadap segala perkara yang boleh memajukan organisasi kita. Bersikaplah secara pro-aktif dan ianya bukan menjadi satu kesalahan.