Sunday, May 7, 2017

Poster Perkongsian EKSA JUPEM Johor Siri 5/2017

Promo Siri Bil. 5/2017


Penjimatan Air merupakan TANGGUNGJAWAB kita bersama. Kita seharusnya:
  • Mengawal penggunaan air dan sentiasa berjimat cermat; 
  • Memastikan paip air ditutup rapat setelah digunakan; 
  • Menggunakan 'flush' sekiranya perlu sahaja; dan
  • Memaklumkan pihak berkenaan dengan segera jika terdapat kerosakan atau kebocoran.

Thursday, May 4, 2017

Hari Aktiviti EKSA Zon Pulau Aur Bil. 8/2017

Hari Aktiviti EKSA Zon Pulau Aur Bil. 8/2017 kali ini adalah menumpukan kepada susulan daripada penemuan Audit Bil. 2/2017 yang telah diluluskan pada 19 April 2017 yang lalu.

Sekitar Hari Aktiviti EKSA Zon Pulau Aur.








Mesyuarat Zon Pulau Aur Bil. 3/2017

Mesyuarat Zon Pulau Aur Bil. 3/2017 yang dipengerusikan oleh Ketua Zon Pulau Aur, Sr Abdul Rahman bin Mintar telah diadakan pada 4 Mei 2017 bertempat di Ruang Mesyuarat bagi membincangkan susulan daripada penemuan Audit Bil. 2/2017 yang telah diluluskan pada 19 April 2017 yang lalu.

Antara agenda yang dibincangkan adalah Hari Aktiviti EKSA Bil. 8/2017 yang akan menumpukan kepada perkara-perkara yang telah dinilai oleh Juruaudit yang lalu:-
  1. Kumpulan akan dipecahkan kepada dua bahagian iaitu di persekitaran pejabat dan juga di bilik kebal. Bilik kebal akan diketuai oleh Encik Zulkarnain bin Mohd Salleh.
  2. Mengemaskan gulungan-gulungan wayar di ruang kerja masing-masing.
  3. Pelabelan lampu dibetulkan seperti teguran audit.
  4. Meminimakan laci peribadi di ruang kerja.
Selain itu juga, sebarang kerosakan yang memerlukan peruntukkan atau perbelanjaan perlu ditangguhkan kerana kengkangan bajet.






Bagi pendawaian lampu yang akan diletakkan berhampiran thumb-print, Pihak Pengurusan Bangunan Ambang Wira bersetuju untuk membantu dari segi pendawaian elektrik, namun begitu lampu perlu dibeli oleh zon. Mesyuarat sebulat suara BERSETUJU.

Mesyuarat juga memutuskan untuk mengutip tambahan kutipan tabung EKSA sebanyak RM 10.00 bagi menampung kos-kos aktiviti EKSA di Zon Pulau Aur. Mesyuarat sebulat suara BERSETUJU.

Mesyuarat Zon Pulau Aur Bil. 3/2017 telah ditangguhkan pada jam 10.00 pagi.

Wednesday, May 3, 2017

Poster Hari Aktiviti EKSA Zon Pulau Aur

Nota:-
Sila klik pada gambar untuk paparan yang lebih jelas. Terima kasih.


Poster Mesyuarat Zon Pulau Aur Bil. 3/2017

Nota:-
Sila klik pada gambar untuk paparan yang lebih jelas. Terima kasih.