Nota:-
Sila klik pada gambar untuk paparan yang lebih jelas. Terima kasih.
Wednesday, September 28, 2016
Thursday, September 8, 2016
Gotong-royong Perdana EKSA JUPEM Johor
Gotong-royong Perdana EKSA JUPEM Johor telah berlangsung pada 8 September 2016 bermula jam 9.00 pagi.
Objektif
Objektif
- Mewujudkan persekitaran yang kondusif serta identiti Zon Pulau Aur sebagai salah satu seksyen yang bersih, indah, selamat dan ceria. Melaksanakan amalan kebersihan bagi mencapai kepuasan yang maksimum.
- Mewujudkan dan meningkatkan semangat kerjasama yang padu antara satu sama lain dalam melaksanakan aktiviti yang berkaitan dengan penglibatan semua pihak dalam program kebersihan jabatan.
- Meningkatkan keprihatinan dan komitmen terhadap kebersihan, keindahan dan keceriaan serta menghargai kemudahan yang telah disediakan.
- Menggembleng tenaga dan idea yang bersepadu dalam merealisasikan keberkesanan aktiviti.
Wednesday, September 7, 2016
Thursday, August 25, 2016
Lawatan Penanda Aras ke Jabatan Akauntan Negara Malaysia
Seramai 20 orang pegawai Jabatan Ukur dan Pemetaan Negeri Johor telah membuat lawatan Penanda Aras ke Jabatan Akauntan Negara Malaysia di Menara Tabung Haji pada 25 Ogos 2016. Lawatan ini telah diketuai oleh Encik Fahmi Azhari selaku Ketua Jawatankuasa Latihan EKSA JUPEM Johor.
Turut hadir pada lawatan kali ini adalah Ketua Zon Pulau Aur, Sr Abdul Rahman bin Mintar, Ketua Zon Pulau Dayang, Sr Muhammad Sufi bin Safie. Ahli rombongan tiba seawal jam 9.00 pagi dan telah disambut mesra oleh semua pegawai dan kakitangan JANM.
Taklimat Pengenalan tentang EKSA telah berlangsung di Bilik Mesyuarat Utama, Tingkat 8, Menara Tabung Haji. Lawatan ini turut dihadiri oleh Pengarah JANM Negeri Johor Encik Sadikin Bin Aton dan juga fasilitator EKSA.

Lawatan diteruskan dengan melawat keempat-empat zon EKSA JANM Negeri Johor iaitu Zon Helianthus, Zon Bellis, Zon Tulipa dan Zon Ixora.
Lawatan penanda aras ini berakhir pada pukul 2.00 petang. Program lawatan ini bertujuan untuk meninjau dan melihat sendiri bagaimana Amalan EKSA diamalkan sebagai persediaan bagi pelaksanaan EKSA di JUPEM Johor.

Subscribe to:
Posts (Atom)